Tuesday 29 January 2013

wanita (1): dirimu begitu berharga

Assalamualaikum...Semoga Allah merahmati para pembaca yang perantau kasihi sekalian. Dalam entry kali ini, perantau nak menyampaikan mesej melalui gambar(dan berberapa perkataan). Bak kata orang putih "picture can tells you 1000 of stories"

Perantau nak bercerita tentang benda benda yang berharga. Mungkin bernilai berjuta juta. Bahkan diakui nilai estetika, nilai seni dan kecantikkan benda tersebut. Dua benda perantau nak kongsikan. (sebenarnya tiga)

Pertama: Berlian


Berlian menjadi kegilaan, kerana kecantikkannya, nilainya dan mampu membuatkan sesiapa sahaja mengelamun sebentar akan apakah dia nak buat dengan berlian itu. Sinar dan kilauannya mengamit mata memandang. Namun sayang seribu sayang, macam mana nak dapatkan berlian?

Macam mana nak dapatkan berlian?


Ekati Diamond Mine, Canada

Kena guna TNT untuk meletupkan tanah ataupun mengali tanah tersebut. Kenapa nak gali? Sebab berlian tu ditutup oleh bumi. Dilindungi oleh bumi. Kecantikkan dan kilauan yang mengujakan itu dilitupi oleh tanah dan hanya mereka yang terpilih sahaja mampu memilikinya, pengali berlian semestinya.

Kedua: Mutiara




First impression, wow amazing beautiful SubhanaAllah, cantiknya. Dalam dunia fesyen, mutiara melambangkan kecantikkan, keangunan, kemesraan kepada si pemakainya. Pendek kata, mutiara ialah sesuatu yang juga mampu mengamit jiwa. Sebab itu jugalah kata kata yang mengamit jiwa, menghalusi perasaan dipanggil "Mutiara kata"

Dan macam mana nak dapatkan mutiara tersebut?



Pearl diver in Japan

Pertama, kene belajar berenang. Sebab kecantikan permata itu dilindungi oleh alunan ombak yang dalam. Dilautan luas seluas mata memandang. Terlindung pula didalam cengkerang yang menghalang orang kebanyakkan melihatnya melainkan orang yang layak, semesti seperti lelaki jepun diatas.

Ketiga: meh bace hadis nabi s.a.w dibawah

Dari Abdullah bin 'Amar bin al-'Ash r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda : "dunia ini adalah hartabenda dan sebaik baik harta benda dunia ialah wanita yang solehah"

Riwayat Muslim


Berlian dan mutiara tidak cukup berharga untuk menanding hadis nabi tersebut.


gambar sekadar hiasan
Lalu bagaimanakah yang dikatakan wanita solehah itu berharga, bahkan tidak ternilai oleh nilai dunia ini?
Berlian dan mutiara dilitupi oleh bumi dan lautan. Kerana kecantikannya begitu beharga. Nilainya mengelapkan mata yang memandang. Benda yang beharga sudah pasti perlu ada perlindungan, atau sesuatu yang melitupinya supaya hanya terlihat oleh yang layak.

Jadi apa perlindungan ataupun benda yang mesti untuk wanita solehah agar hanya yang layak melihatnya(suami)? 

Baracuda?



Baju perisai Iron Man?




Ok, just kidding. Siapalah perantau ni nak beri cadangan untuk melindungi wanita sedangkan Allah telah berfirman dalam surah An- Nur Ayat 31


" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".

Sedikit tadabur dari ayat yang agung ini ialah "wahai wanita yang mengaku Islam dan beriman kepada Allah, tutuplah aurat dengan sempurna"

NOW THIS IS THE POINT.(yang panjang tu tadi mukadimah jer)

Menutup aurat dengan sempurna.

Orang(wanita) ingat menutup aurat itu hanya sekadar mengenakan tudung saji

euw!! jarang, terdedah...please lah, 

tudung salah pakai(dia lilit kat kepala)

tudung untuk tengkorak alien(ingat! Nabi larang dengan keras pakai macam ni!!!!)

tak pakai tudung(ha, macam nilah keadaan kome yang tak pakai tudung!!)

tudung zorro(belum merebak kat Malaysia lagi)

Ok, macam yang dikatakan menutup aurat dengan sempurna

opps...tapi bolehlah dikatakan menutup aurat dengan sempurna....


haaa....macam inilah.


Bahasa lembut;Tidak menampakkan sebarang lekukkan sama ada di dada atau dipinggul. 

Bahasa kasar; tidak ada bukit kelihatan. 

Bahasa fiqhnya, seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Tidak memperlihat bentuk badan.(Perantau tidak mahir dalam pengistilahan fiqh.)

Perantau cuma nak tanya kepada wanita wanita yang mengaku Islam di luar sana,

"Adakah diri anda begitu beharga atau sekadar perempuan murahan? Kalau bernilai, kenapa sesuka hati menayangkan aurat anda kepada yang tidak layak melihatnya? Kalau anda merasa anda sekadar wanita murahan, maka benarlah sabda nabi yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)"

Dari Abu Abdur Rahman yaitu Abdullah bin Umar bin Al Khattab r.a dari Nabi s.a.w sabdanya : sesungguhnya Allah 'Azzawajalla itu menerima taubatnya seseorang hanba selama ruhnya belum sampai di kerongkongnya(ketika akan meninggal dunia)

(Hadis Riwayat Imam Tarmizi, Hadis Hasan)

Wahai sahabatku, saudara/i ku. Rahmat Allah melebih segala galanya. Apabila kita berdosa, maka tiada siapalah yang mampu mengampunkan dosa kita, kecuali Allah.....

Rasanya sampai sini sahaja jari jemari perantau mampu menari diatas papan kekunci.

Sekiranya ada yang terasa pedas, perantau nak anda merasa lebih pedas dari itu.

Sekiranya ada kesalahan terutama dalam Hadis dan ayat Quran, maka tolonglah perbetulkan.

Kenapa pula perantau sibuk sibuk nak bercerita mengenai wanita. 

HEY, IT'S MY BLOG ANYWAY!!!

Enjoy your day with syariat Allah

Assalamualaikum :)



Sunday 27 January 2013

Puisi: Syed Qutb


Assalamualaikum, para pembaca sekalian. Semoga mendapat rahmat dari Allah.




Perantau nak abadikan sebuah puisi yang ditulis oleh seorang sarjana Islam, As-Syahid Syed Qutb. Yang juga merupakan penulis kitab Tafsir "Dibawah Naungan Al Quran". Karya karya beliau juga banyak memberi impak kepada pergerakan/pertubuhan/organisasi/persatuan Islam. Bagi perantau, beliau bukan hanya sarjana Islam, tetapi pendakwah yang unggul. Berapa ramai uztaz yang ada, tetapi tidak mampu untuk menjalankan aktiviti dakwah, atau melibatkan diri secara langsung dalam padang dakwah. Hatta, seseorang itu ada phD dalam dakwah pun tidak semestinya mampu untuk terlibat dalam dakwah. As-Syahid Syed Qutb melalui puisi ini juga, mengistiharkan bahawa tugas dia didunia ini sudah pun selesai. Memandangkan puisi ini ditulis berberapa ketika sebelum beliau menemui syahid.



Puisi Sayyid Qutb

Sahabat,
Andainya kematianku ini kau tangisi
Pusaraku kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang sudah hancur luluh
Nyalakan obor untuk ummat ini
Dan lanjutkan gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Teman-teman indah di syurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menanti ku
Dan berbahagialah hidupku disana

Sahabat,
Cahaya kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Disana cahaya fajar memancar.
Syed Qutb.

Sekian, assalamualaikum…

Sunday 20 January 2013

Don't be sad

Sheikh `A’id Al-Qarni gives us this advice in his famous book Don’t Be Sad.


If you are stricken by poverty, others are chained in debt.
If you don’t have shoes, others have no feet.
If you feel pain now, others have been aching for years.
If your son dies, other have lost many.

If you have sinned, then repent.
If you have committed a mistake, correct it.
The doors of repentance are ever open!
The fountain of forgiveness is every rich!
So, don’t be sad!

Let all bygones be bygones!
What is predestined for you, you shall see it!
Being sad will not change anything!
So don’t be sad!

Sadness spoils your life!
Destroys your happiness!
And turns it into wretchedness!
So don’t be sad!

Supplication is your shield!
Prayer is your beacon!
Prostration is your means!
So don’t be sad!

See how vast is the earth!
How nice are the gardens and forests!
How bright are the stars!
All are happy, but you are sad!
So, don’t be sad!

You have sweet water to drink!
Fresh air to breathe!
Feet to walk with!
You sleep safely in your bed!
So, why be sad?

Every cloud has a silver lining!
After long nights, come the bright sun!
Life will soon give you a smile!
So be ready to get it!

And don’t be sad!
Real life is that spent in happiness!
So cross out you sad days from your age!
Peace of mind is the real treasure!
Sorrow avails not!
So don’t be sad

Sajak: Seorang Muslim


seorang Muslim....

jasadnya boleh dikurung di penjara....

jasadnya boleh disakiti berkali kali....

jasadnya boleh dipalu tanpa henti....

tetapi, jika jiwanya mendambakan Allah...

dia tetap umpama merpati putih bebas beterbangan...

dia tetap umpama ikan berenang ke lautan yang paling dalam...

dia tetap umpama cahaya bintang yang sentiasa berkelipan...




Saturday 19 January 2013

Jumaat Kemarahan Perantau


Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian, semoga dirahmati Allah….

Ini ialah nukilan pertama perantau pada tahun baru Masihi ini,…kepada yang berpegang pada kalender masihi, perantau ucapkan selamat tahun baru 2013…(tapi time raye, guna kalender Hijra, apalah)

Jadi, isu yang perantau nak bawak kali ini ialah, terjadi pada perantau baru baru ini satu peristiwa yang betul betul menaikkan kemarahan perantau…

Perantau nak abdikan kemarahan tersebut dalam entry kali ini…

Perantau namakan peristiwa itu sebagai “JUMAAT KEMARAHAN” memandangkan peristiwa itu terjadi pada hari jumaat…

Jumaat itu, selepas Umat Islam lelaki menunaikan Solat Fardhu Jumaat berjemaah, perantau pun pergilah kesebuah shopping complex. Saja, nak jalan jalan…Perantau naik kereta,

Parking dari aras 1,memang penuh, perantau mengambil keputusan untuk parking di level teratas. Memang tidak ada kereta pun(kereta yg parking tak banyak).

Perantau pun menderu laju kenderaan meronda disitu untuk mencari petak parking yang paling sesuai untuk meletakkan kenderaan perantau ini…

Sedang perantau menderu laju,….(inilah part yg begitu menaikkan kemarahan perantau)….perantau terlihat dua ekor jembalang tanah….”jembalang tanah” yang seorang tu jantan, yang seorang tu betina..

Yang jantan tu, sedang membetulkan seluar jeansnya, yang betina tu sedang membetulkan pakaiannya…

Islam, yang betina itu Islam,(memakai tudung tak cukup kain)…yang jantan tu….tak tanye pulak….

Mereka, agaknya terdengar deruan kereta perantau kowt,mereka pun bergegas lari dari situ….

Nak perantau brek kereta tu, kereta tu meluncur laju pula…

Lebih kurang macam inilah kisahnya…

Walaupun perantau hanya melalui tempat tu dalam berberapa saat, sudah cukup untuk menaikkan kemarahan perantau

Pada hari jumaat, lepas solat jumaat,…jembalang tu habis bermaksiat…inilah yang menyebabkan perantau begitu marah pada hari itu……

Perantau juga rasa bersalah, kenapalah perantau tak turun, ambil batang paip dalam kereta, lepas tu hentak kat kepala jembalang tu…

Hmmmm…..speechless….

Tuan tuan dan puan puan….dimana puncanya???

Bila terjadinya maksiat, zina, penagihan dadah, merempit, segala isu social, dimana kita nak letakkan puncanya?

Siapa yang kita nak salahkan?

Perantau lebih suka untuk menyalahkan ibubapa…

SALAH IBUBAPA…setuju?
Anak anak seharusnya di didik dengan didikan yang betul, didikan cara Islam…

Tapi, bukan semua kes berpunca dari salah didikan ibubapa…..

Perantau malas nak debatkan siapa salah kat sini…..bagi perantau…

APABILA KITA TIDAK IKUT SISTEM YANG ALLAH JADIKAN UNTUK HAMBA-NYA, MAKA BERLAKULAH KEPINCANGAN DALAM SISTEM MASYARAKAT….

Bukan sistem masyarakat sahaja, sistem pemerintahan, sistem pemakannan, sistem pendidikan.

Segala sistem yang kita ikut dari barat membawa lebih banyak keburukkan dan menghalakan manusia kearah mensyirikkan Allah….

Konklusi yang perantau dapat ialah, apabila kita beriman dengan sistem yang bukan dari Allah dan Rasul-Nya, maka pincanglah seluruh urusan kehidupan kita…

Umat Islam akan kehilangan kekuataanya jika beriman dengan sistem yang bukan dari Allah dan Rasullullah SAW…

Assalamualaikum…selamat berceria…ingat kita akan mati, dan akan bertemu Pencipta kita….sama sama bersiap… J