Sunday 17 February 2013

Cinta?

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian. Topik hangat sikit. Perantau nak kongsikan untaian kata kata dalam akhbar Al Islam. Berkenaan apa itu cinta. Ramai orang salah anggap/tafsir apa itu cinta. Bila seseorang itu salah tafsir, maka cinta itu diletakkan pada tempat yang tidak sepatutnya.


Bertanya Pasal Cinta......

Adakah tapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar dan suara kita tersekat di dada?

Itu bukan cinta. Itu suka...

Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata padanya?

Itu bukan cinta. Itu nafsu...

Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?

Itu bukan cinta. Itu kemahuan...

Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya?

Itu bukan cinta. Itu belas kasihan...

Adakah kita ingin menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuatkan hati kita melompat lompat?

Itu bukan cinta. Itu tergila gila...

Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana ingin mengambil berat tentangnya?

Itu bukan cinta. Itu persahabatan...

Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap hari kita memikirkan tentang si dia?

Itu bukan cinta. Itu dusta...

Adakah kita rela memberikan semua perkara yang kita senangi untuk dirinya?

Itu bukan cinta. Itu kemurahan hati...

Cinta itu hanyalah untuk Allah dan Rasullullah SAW. Letaklah cinta itu ditempat yang sebetulnya. Letaklah Allah didalam hati anda, nescaya anda akan mendapati betapa kecilnya dunia ini, bahkan orang yang ada pangkat tinggi pun dirasakan tidak ada mudarat pada anda. Allah Maha Besar.

Sayang sekali kalau kita solat tetapi tidak mengerti "Allahuakbar". 

Ramai juga pemuda pemudi sibuk dengan cinta yang mereka sendiri tidak tahu takrifannya.

Ramai juga pemuda pemudi ingin di'cintai' oleh berlainan jantina atau kata lain "couple". Bahkan ramai yang sibuk berbicara tentang hal ini.

Ramai juga pemuda pemudi sibuk membicarakan soal ini, sama ada couple itu haram atau halal. Keluarkan macam macam hadis, Ayat Quran, pendapat ulamak.

Kesannya? pemuda pemudi disibukkan dengan hal yang tidak bermanfaat. disibukkan mengeluarkan hukum halal atau haram "couple", bahkan sibuk berdebat pasalnya. perdebatan yang sia sia.

Bagi perantau, jika seseorang itu tahu bahawa yang layak dicintai hanyalah Allah dan Rasul rasul Nya, maka masalah sebegini tidak akan timbul.

Tapi sayang seribu sayang. Kenapa sebahagian pemuda pemudi tidak sedar akan hal ini? salah ibubapa?

Apabila seseorang itu meletakkan Allah dalam hatinya. Maka Allah akan membuka ruang ruang hubungannya sesama manusia. Allah akan mencampakkan kedalam hati orang disekelilingi rasa kasih dan sayang padanya....

Cintailah Allah sepenuhnya melebihi segala isinya dunia, nescaya engkau tidak akan takut kehilangan dunia

kerana engkau tahu Allah berkuasa keatas segala galanya...

Dari Ibnu Abbas RadhiAllahu `anhuma, katanya, pada suatu hari aku berada di belakang (membonceng) Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, lalu Baginda bersabda:

“Wahai anak kecil, sesungguhnya aku akan mengajarkan kamu beberapa hal kepadamu, iaitu:
Jagalah ALLAH nescaya ALLAH akan menjagamu, jagalah ALLAH nescaya DIA akan berada di hadapanmu, jika engkau memohon maka memohonlah kepada ALLAH, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada ALLAH, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh ALLAH, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan mudharat ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh ALLAH. Telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.”

(Hadith Riwayat at-Tarmidzi, menurutnya hadith ini Hasan Sahih)




Semoga bermanfaat kepada kita semua selaku hamba kepada Allah.

Assalamualaikum... :)