Thursday 16 May 2013

Masa itu emas?



Assalamualaikum....semoga para pembaca dirahmati Allah selalu. Apa khabar wahai pembaca yang dikasihi? Semoga sihat selalu. Ceria dan senantiasa mengukir senyuman. It's sunnah.... :)
Merujuk kepada tajuk, Masa itu emas? Atau erti lain, Betul ke masa itu emas?



Masa itu emas, merupakan suatu perumpamaan yang sering diguna pakai di nusantara. Ia untuk memberitakan betapa pentingnya masa. Emas digambarkan sebagai sesuatuperkara yang mahal. Bila sesuatu benda itu mahal, maka secara otomatiknya, mindset manusia akan menghargai benda itu. Tidak kisahlah, apa benda pun, telepon mudah alih ke, komputer riba ke, kereta BMW ke, or what so ever.

Dari sudut pandang sebegini, maka wajarlah masa itu emas. Masa amat beharga.
Entry kali ini, perantau ingin mengajak pembaca untuk melihat masa dari sudut yang lain. Maknanya perantau hendak membuktikan bahawa frasa "masa itu emas" tidak boleh diguna pakai.
Hujahnya. Mari kita melihat falsafah disebalik emas. Jika kita membeli emas bernilai RM 1000.00, dan suatu hari emas itu pun hilang.(entah sape curi) Maka, persoalannya, adakah kita mampu membeli emas yang sama nilai ataupun lebih dari nilai tadi? Jawapannya, jika anda orang kaya, maka anda boleh beli berlori lori emas pun. Tidak ada masalah. Maka dari sudut ini, emas itu diertikan, sebagai, perkara yang boleh hilang, tetapi boleh di ganti semula.

Jika dilihat frasa "masa itu emas", maka boleh lah dikatakan bahawa, masa yang telah hilang boleh diganti semula.

REALITINYA, HAKIKATNYA, KEBENARANNYA;

ADAKAH MASA YANG BERLALU BOLEH DIGANTI SEMULA?

ATAU DENGAN APAKAH NILAI MASA ITU OLEH DIGANTI?

SETAHUN YANG LALU, DAPATKAH ANDA MENGEMBALIKANNYA SEMULA?

maka, frasa "masa itu emas" tidak boleh diguna pakai. Kerana ia akan membawa erti, masa yang sudah berlalu boleh diganti. Emas ada pelbagai jenis. Ada yang celup. Jika seseorang itu menganggap bahawa masa itu emas yakni emas celup, maka baginya tidak begitu berhargalah masa itu.
Jadi apakah frasa yang sesuai untuk menggantikan frasa "masa itu emas"

Frasa ini bukanlah ciptaan perantau yang hina dina ini. Frasa ini dari frasa arab.
terjemahannya berbunyi

"MASA ITU ADALAH KEHIDUPAN"

Ya....inilah frasa yang sebenar...yang patut dihayati oleh sekalian manusia.


Hujahnya

56. mereka tidak akan merasakan mati di dalamnya kecuali mati di dunia. Dan Allah memelihara mereka dari azab neraka,[ 44. Ad Dukhaan]

02. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. [3. Ali 'Imran]

57. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan [29. Al 'Ankabuut]

34. Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu (Muhammad); maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal? [21. Al Anbiyaa']
25. Allah berfirman: "Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan.  [7. Al A'raaf]

Dalam ayat ayat berikut, Allah menceritakan perihal kematian. Dan sesuatu yang di sampaikan sama ada kita perasaan atau tidak ialah, Allah menegaskan bahawa kita hidup di dunia ini hanyalah sekali. Dan kita akan dihidupkan semula di Hari Pembalasan.

Ya, di dunia ini, kita hanya diberikan peluang untuk hidup, hanyalah sekali. Bila kita mati, kita akan dihidupkan semula,TAPI  bukan di dunia ini, dihidupkan semula di Hari Pengadilan nanti.

Kembali kepada konteks perbahasan kita. Kehidupan di dunia yang Allah ceritakan hanyalah sekali sahaja peluangnya. Untuk beramal sehabis mungkin. Allah beri sekali sahaja peluang untuk hidup di dunia ini. 

Ya....sekarang inilah, saat inilah.

Kata mudah, kehidupan itu hanyalah sekali.

IA TIDAK BOLEH DIGANTI

IA TIDAK BOLEH DI BELI

IA TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN SEMULA

begitu juga dengan hakikat masa.

IA TIDAK BOLEH DIGANTI

IA TIDAK BOLEH DI BELI

IA TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN SEMULA.

Maka benarlah

"MASA ITU ADALAH KEHIDUPAN"

masa yang berlalu, tidak mungkin dapat di ulangi semula. sama dengan kehidupan, bila dah tiba ajal, tidak ada maknanya nak patah balik. Yang berlalu tetap berlalu.

Dalam dunia ini. Hanya ada satu perkara ja yang Allah berikan kepada manusia yang tidak mungkin Allah akan beri untuk kali kedua, kecuali dengan IzinNya, iaitu kehidupan di dunia.

Cuba kita sakit, cukuplah dengan demam, betapa kita merasa pentingnya erti sihat. Sehingga kita betul betul menghargai erti sihat itu.

Apabila kita mentarbiyah diri dengan "masa itu kehidupan", maka masa akan diuruskan sebaiknya.
sebaliknya jika masa itu emas, emas itu boleh di beli semula, ia berlanggar dengan hakikat masa itu.
Perbahasan agak panjang, namum perantau tetap cuba untuk memudahkannya.
Apa yang penting disini ialah, merasa betapa, masa yang berlalu, tidak akan kembali semula.

Dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memegang kedua pundakku lalu bersabda – Jadilah engkau hidup di dunia seperti orang asing atau musafir.” Lalu Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu menyatakan, Apabila engkau berada di sore hari maka janganlah menunggu hingga pagi hari. Dan apabila engkau berada di pagi hari maka janganlah menunggu hingga sore hari. Pergunakanlah waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu. Dan pergunakanlah hidupmu sebelum datang kematianmu. – HR. Al- Bukhari

5.“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya janji Allah itu benar. Maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia itu memperdaya kalian dan janganlah sekali-kali syaitan yang pandai menipu memperdayakan kamu tentang Allah.” (35Faatir)

Sebagai kesimpulannya;
1. Masa itu ibarat kehidupan, yakni nilai nyawa lebih tinggi dari emas

2. Seorang muslim sejati akan sentiasa menguruskan masanya dengan efisen

3. Masa yang berlalu, tidak akan kembali

4. Masa yang berlalu, tetap akan berlalu, yang ada hanyalah masa sekarang, sedangkan masa depan dalam perancangan. Maka rebutlah peluang sekarang.

5. Rehat untuk mukmin sejati hanya kematian penghalangnya

6. Jangan jadi malas, bangkitlah dari lena

setakat ini sahaja, perantau dapat kongsikan bersama. Moga bermanfaat.

Ini yang terbaik perantau boleh usahakan untuk disampaikan, tetapi Allah Lebih mengetahui, maka tegurlah setiap yang buruk.

Wallahu'alam

Assalamualaikum...

Monday 13 May 2013

AS-SYAHID SAYYID QUTB DI DALAM KENANGAN

Assalamualaikum, semoga para pembaca di rahmati Allah selalu. Entry kali ini, perantau hendak berkongsi suatu kisah hidup seorang pendokong dakwah Nabi Muhammad SAW di era moden ini. Sayyid Qutb. Siapa yang tidak kenal akan nama ini. Perjuangannya dalam meneruskan kerja kerja menyampaikan dakwah Islam kepada umat ini, begitu hebat. Inilah antara contoh pejuang Islam yang patut kita jadikan teladan. Dan bukannya pelakon filem korea yang entah pape. Namanya mashur sepanjang zaman. Banyak buku buku yang beliau tulis dan diantara yang perantau sudah telaah "ma'alim fi thoriq", "tafsir fhi zhilalil Quran" "Hazaa Ad Deen" dan lain lain. Membaca karyanya, benarlah, beliau menulis dengan iman.



Jom hayati kisah hidup insan ini.


Beliau dilahirkan pada tahun 1906 di sebuah kampung bernama Musya, Asyout di Mesir. Beliau dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana dan berpegang kuat kepada agama. Semenjak kecil lagi beliau telah berjinak-jinak dengan al-Quran dan tidak hairan jika beliau telahpun menghafal al-Quran semenjak berusia sembilan tahun. Dalam usia yang masih terlalu muda ini beliau telah memperlihatkan beberapa keistimewaan yang bakal menempatkan beliau di kedudukan yang tinggi.
Walaupun masih kecil untuk memahami isi kandungan al-Quran tetapi beliau dapat merasakan makna ayat-ayat ini bermain-main di benak fikirannya seolah-olah kandungan ayat ini hidup di dalam khayalannya. 

Pengalaman ini diceritakan sendiri oleh beliau.

“Saya mula membaca al-Quran ketika saya masih kecil lagi. Walaupun fikiran saya ketika itu masih tidak cukup untuk memahami maksud dan kehendak ayat-ayat ini cuma saya dapat rasakan sesuatu. Setiap kali saya membaca al-Quran ianya tergambar dalam khayalan saya. Gambaran ini memang aneh tetapi saya dapat rasakan kepuasan dan keseronokannya.”

Apabila dewasa beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Darul Ulum dan menetap di Kaherah. Dalam usia yang masih muda ini beliau terpaksa berdikari memelihara adik-adiknya, Muhammad, Aminah dan Hamidah apabila ayah dan ibu beliau meninggal dunia.

Setelah menamatkan pengajian, beliau memulakan karier sebagai penulis sastera dan puisi di beberapa syarikat akhbar dan majalah seperti Ahram, Risalah, Usbuk, Syarq Jadid, Alam Arabi dan sebagainya.

Pada tahun 1948 sehingga tahun 1950 beliau telah dihantar sebagai wakil Kementerian Pendidikan Mesir ke Amerika Syarikat bagi mengkaji sistem pendidikan di sana. Walau bagaimanapun setelah meneliti sistem ini beliau mendapati hanya sistem pendidikan Islam sahaja yang sesuai sebagai landasan kepada sistem pendidikan di Mesir. Pandangan beliau ini menyebabkan beliau dituduh sebagai kolot dan jumud oleh kalangan yang berada di dalam Kementerian Pendidikan. Seterusnya pengalaman beliau di Amerika ini dibukukan di bawah tajuk “Amerika Yang Kulihat”, menceritakan pengalaman beliau mengenai kepalsuan demokrasi dan diskriminasi warna kulit yang wujud di Amerika dengan membandingkan dengan Islam. Apa yang menarik, pada ketika ini beliau masih belum mengenali dakwah Ikhwan Muslimin.

Setelah mengenali dakwah Ikhwan Muslimin beliau telah menerbitkan majalah ‘Fikr Jadid’ yang menjadi medan untuk beliau mengkritik sistem kapitalis dan manipulasi golongan atasan ke atas rakyat. Melalui majalah ini beliau menggabungkan antara fikrah dan harakah dalam usaha untuk menegakkan panji Islam di dunia Islam.

Dalam tahun 1952, Sayyid Qutb telah dipilih sebagai anggota exco di Maktab Irsyad dan beliau dilantik sebagai pengerusi Unit Penyebaran Dakwah di Ibu Pejabat Ikhwan Muslimin. Pada tahun 1954, beliau dilantik sebagai ketua editor bagi akhbar ‘Ikhwan Muslimin’. Malangnya, setelah sebulan di pasaran akhbar ini telah diharamkan oleh Presiden Mesir, Jamal Abdul Nasir kerana menentang perjanjian Mesir-British yang dimeterai oleh Jamal Abdul Nasir dengan kerajaan British. Dalam tahun yang sama pada bulan Januari beliau bersama-sama dengan ikhwan yang lain telah dipenjarakan di Penjara Qal’aah, Penjara Harbi, Penjara Abu Za’bal, Penjara Liman Turoh. Walau bagaimanapun beliau dibebaskan pada bulan Mac 1954 disebabkan oleh sakit tenat yang dialaminya.

Pada bulan Julai, 1955 beliau dipenjarakan semula, kali ini dengan hukuman penjara serta kerja berat selama 15 tahun. Sekali lagi beliau dibebaskan semula selepas sepuluh tahun menjalani hukuman kerana campur tangan Presiden Iraq ketika itu, Abdul Salam Arif.

Kebebasan yang diperolehi ini membolehkan beliau menumpukan tenaga beliau kepada perkembangan dakwah dan dalam tempoh ini beliau telah menghasilkan banyak penulisan. Buku pertama yang dihasilkan dalam tempoh ini ialah ‘Fi Zilal Al-Quran – Di Bawah Bayangan Al-Quran’.

Ke Tali Gantung

Pada tahun 1965, beliau sekali lagi dipenjarakan. Kali ini dengan tuduhan mengepalai konspirasi Ikhwan Muslimin untuk menggulingkan kerajaan. Beliau telah dihadapkan ke mahkamah boneka dengan peguam bela yang dilantik sendiri oleh kerajaan. Dengan keputusan mahkamah yang telahpun ditentukan beliau bersama-sama beberapa orang ikhwan yang lain telah dijatuhkan hukuman gantung hingga mati.

Pada waktu Subuh 29 Ogos 1965 hukuman gantung tersebut telah dilaksanakan. Gugurlah seorang syahid pergi mengadap Tuhannya setelah membuktikan kesucian dan keikhlasan perjuangannya. Dari seorang anak yang kecil sehinggalah ke akhir hayatnya beliau tidak rela untuk tunduk akur kepada kezaliman.

Beliau pernah berkata:

“Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama
sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu. Jikalau sememangnya saya layak
dipenjara, saya reda menerimanya. Tetapi jikalau saya dipenjara dengan zalim, saya sama sekali
tidak akan tunduk memohon belas kasihan daripada orang vang zalim…”
Walaupun jasadnya telah disemadikan namun keimanan dan keikhlasannya tetap bersemi di dalam jiwa-jiwa generasi akan datang menjadi obor sementara menanti fajar yang menyingsing.

(Dipetik daripada buku Hadzaddeen (Inilah Islam), Syed Qutb)

benar benar tulisan telah menembusi jutaan kepala orang, termasuk penukil blog ini  :')


"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (Surah Ali ‘Imran:169-171)

Ramai pejuang pejuang Islam telah syahid di jalan Allah. Syahid mereka itu tanda saksi akan syahadah yang meraka ucapkan semasa tashahud solat mereka.

maka, apakah pula bukti kesaksian syahadah kita? 

adakah hanya dengan bergoyang kaki?

berfoya foya?

tonton korea 24 jam?

lalai....kita lalai dengan tanggungjawab kita.

semoga kisah hidup pejuang pejuang Islam dapat kita jadikan teladan sepanjang zaman. Dan sebaik baik teladan itu adalah diri Rasulullah SAW.

sekian, assalamualaikum wbt.