Monday, 26 November 2012

tekanan dan solat


Assalamualaikum...salam sejahtera ke atas anda semua, pembaca yang dirahmati Allah sekalian....                      
Para pembaca sekalian....dalam kita meranjaui kehidupan ini, sudah pasti kita berselisih dengan pebagai dugaan, cabaran, onak, duri, sembilu, bara dll...

ya....bercerita tentang masalah, memang tidak dapat menemui titik tolaknya. Saban hari pintu kita diketuk pelbagai masalah. Masalah peribadi ka, masalah dengan roomate ka, masalah dengan jiran ka, masalah dengan rakan sekelas ka, masalah dengan rakan sekerja ka.

Macam macam masalah ada. Tiada barisan ayat untuk diletakkan noktahnya dalam bercerita tentang masalah. Dan ini ialah fakta yang tidak boleh dinafikan. Tekanan dan tekanan kita terus hadapi dan terpaksa sebenar hadapi. Kadang kadang, jika tekanan ini tidak diuruskan dengan baik, maka pelbagai masalah boleh timbul.

Yup, masalah dalaman sebenarnya...

ok, that's it...sebenarnya perantau nak menulis panjang dan ingin berkongsi suatu hadis Nabi Muhammad SAW...hadis ini sebenarnya panjang, tapi, perantau ambil pada permulaan sahaja.

Perantau mohon sangat sangat teliti hadis ini dan hayatinya.....

jika salah dalam lafaznya, sila komen :)

hayati hadis ini.....

Sahih Muslim dari al-Nawwas ibn Sam'an:
(Dari buku Jerusalem ms 148)

Rasulullah s.a.w. telah menyebut tentang Dajjal di suatu pagi. Kadangkala baginda menyebut tentangnya sebagai tidak penting dan kadangkala sebagai penting (kejahatannya) seolah-olah dia berada di antara pohon-pohon kurma.

Apabila kami berjumpa dengan baginda di waktu petang dan baginda melihat (tanda-tanda takut) pada muka-muka kami, baginda bertanya: "Apakah halnya dengan kamu?" Kami menjawab: "Wahai Rasulullah, engkau telah bercakap tentang Dajjal pagi tadi (kadang-kadang sebagai) sesuatu yang tidak penting dan kadang-kadang sebagai sesuatu yang penting, sehingga kami merasakan dia berada di antara pohon-pohon kurma."

Baginda menjawab: "Aku khuatir tentang banyak perkara berkaitan kami selain daripada Dajjal. Sekiranya ia muncul ketika aku masih bersama kamu, aku akan berdepan dengannya bagi pihak kamu, dan jika dia muncul ketika aku tidak lagi bersama kamu, seseorang lelaki mesti berdepan dengannya bersendirian dan Allah s.w.t. akan menjaga setiap orang Islam bagi pihakku (dan memeliharanya dari kejahatan Dajjal. Dia (Dajjal) adalah seorang lelaki, berambut kerinting dan buta sebelah matanya. Aku membandingkannya dengan Abdul al-Uzza ibn Qatan. Sesiapa yang hidup dan melihatnya mestilah membaca pembukaan surah al-Kahfi ke atasnya. Dia akam muncul di antara Syria dan Iraq dan akan menyebarkan kejahatan ke kiri dan ke kanan. Wahai hamba Allah! Berpeganglah kepada kebenaran."

Kami bertanya baginda lagi: "Berapa lamakah dia akan hidup di atas bumi?" Baginda menjawab: "Selama empat puluh hari, satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan hari-hari berikutnya seperti hari-hari kamu."

Kami bertanya: "Wahai Rasulullah, cukupkah solat sehari untuk solat di mana sehari menyamai setahun?" Baginda menjawab: "Tidak, tetapi kamu mesti mengira jangka waktu tersebut (dan bersolat)." Kami bertanya: "Wahai Rasulullah, berapa cepat dia akan berjalan di atas bumi?" Baginda menjawab: "Seperti awan yang ditiup angin. Dia akan mengajak manusia ke agama yang salah, mereka akan mengesahkan kepercayaan mereka kepadanya dan memberi respon mereka kepadanya............

dah bace? jujur?...ok teruskan membaca... :)

Perantau mendapati hadis ini amatlah menarik, bahkan mengharukan....ok, why?

Kalau kita tengok kebiasaan hadis ini digunakan adalah untuk;

1. menerangkan bahayanya fitnah dajjal
2. menerangkan ciri ciri dajjal
3. menerangkan berapa lama dia, si laknatullah itu berada di bumi ini.

dan kita akan dapati, pelbagai tafsiran ulamak mengenai hadis ini, tidak kurang juga penafsiran dari pengkaji pengkaji dajjal, pengkaji kronologi kiamat dan penafsiran dari kebanyakkan orang yang berilmu.

Perantau tidak mahu berbicara mengenari seluruh hadis yang cantik ini. tapi hanya ingin mengambil satu bahagian dari hadis ini iaitu mengenai apabila para sahabat bertanya berapa lama dajjal akan berjalan dimuka bumi ini, dan Nabi Muhammad SAW menjawab 40 hari.......

[Kami bertanya baginda lagi: "Berapa lamakah dia akan hidup di atas bumi?" Baginda menjawab: "Selama empat puluh hari, satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan hari-hari berikutnya seperti hari-hari kamu."]

dan yang paling menyayat hati perantau ini ialah, soalan seterusnya yang ditanya para sahabat Rasullullah saw....
:'(

[Kami bertanya: "Wahai Rasulullah, cukupkah solat sehari untuk solat di mana sehari menyamai setahun?"]
Para sahabat tanya ape?????!!!!

mereka bertanya, macam mana nak solat pada masa itu??

macam mana nak solat???????

TUAN TUAN DAN PUAN PUAN SEKALIAN!!

Kita teliti keadaan para sahabat pada masa itu, mereka berada dalam tekanan, tekanan oleh golongan kuffar, tekanan kekurangan pelbagai sumbar kehidupan(makan, minum). Senang cerita, betapa hidup mereka dalam tekanan....selepas itu, Nabi "tambah" pula tekanan mereka dengan kedatangan si laknatullah ini. maka bertambah tambahlah tekanan mereka...

secara logik akal....jika kita berada dalam tekanan yang dasyat itu, apa yang kita nak tanya kat Rasullullah....

perantau senaraikan berberapa soalan yang mungkin kita tanya pada baginda;

1. macam mana kami nak melarikan diri dari dajjal
2. macam mana kami nak bersembunyi dari dajjal
3. apa senjata yang kami nak pakai untuk melawan dajjal

betulkan?....ini logik

tapi, tuan tuan dan puan puan...apa yang sahabat ini tanya????

mereka tanya macam mana nak solat????? dalam banyak banyak soalan, sahabat bertanya soalan ini?? are you kidding me folks? that's reality....

rasullullah SAW pun menjawab : ["Tidak, tetapi kamu mesti mengira jangka waktu tersebut (dan bersolat)."]

MAHA SUCI ALLAH YANG EMPUNYA SIANG DAN MALAM....

rase rase, apa yang nabi kita rasa bila sahabat tanya soalan itu?

betapa nabi tahu bahawa, para sahabat itu lebih mementingkan solat dari segala isi dunia...

dan apa yang kita boleh tahu? betapa tarbiyah rasullulllah SAW menghasilkan insan insan yang mementingkan solat, mengutamakan solat....tatkala pada masa itu, mereka dalam keadaan tertekan...

Allah, segala pujian hanyalah untuk mu....

sahabat sekalian...berbalik kepada permulaan entry ini mengenai masalah, tekanan dan segala macam onak dan duri.....jangan kita lupa siapa pencipta kita....

masalah itu datang dari hati yang tidak tunduk kepada Allah...

datang dari hati yang wajah empu hati itu tidak suka meyembamkan mukanya kebumi semata mata menghadap Allah...

sahabat sekalian, habis baca entry ni, perantau menyeru kita sama sama memperbaiki amal kita sebagaimana;

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya."( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )

...perelokkan solat kita, fahamilah al fatihah; ia kunci kepada kerendahan hati, tawadhuk kepada Yang Maha Mendengar, solatlah dengan hati yang sentiasa mengharapkan Allah, solatlah dengan solat yang sohih dari nabi; itu kunci solat yang diterima,

 [ilmu, faham, amal, bukan amal ikut orang]

ingatlah kepada Allah walaupun kita dilanda tsunami kehidupan...Allah Maha Mengetahui...

Allah itu kekuatan bagi orang orang yang bertaqwa..

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',  [Al Quran: Al Baqarah: ayat 45]

itu je kowt.... sekiranya terdapat kesalahan dalam hadis hadis, fakta fakta...mohon perbetulkan...selamat beramal dengan ilmu yang sohih...

Assalamualaikum.... :)

Saturday, 17 November 2012

Cita cita terbaik



Assalamualaikum....apa khabar para pembaca sekalian?? Semoga dirahmati Allah...


Simple sikit entry kali ni....bercerita tentang satu motivasi yang paling hebat pernah ada. Motivasi apa yang di maksukan? CITA CITA....ya, cita cita merupakan salah satu motivasi yang terbaik untuk seseorang....

Cita cita dihasilkan untuk dikecapi, untuk di capai.....mungkin dengan apa cara sekalipun......

apa cara sekali pun???  {o0} ok......mengikut syariat.....

Straight to the point....APAKAH CITA CITA PALING TINGGI DAN PALING BAIK antara semua cita cita yang mungkin kita ada?

sebelum tu....perantau nak senaraikan berberapa cita cita yang mungkin ada pada kita
1.menjadi seorang arkitek
2.menjadi suami yang soleh
3.nak melancong ke Taj Mahal
4.nak bawak isteri ke Istanbul
5.nak jadi doktor
6.nak jadi anak yang soleh/solehah
7.nak masuk universiti
8.nak lulus dengan cemerlang dalam SPM
9.nak dapat pointer yang terbaik
10.nak hafal Sohih Bukhari
11.nak jadi ulamak.

Jadi itulah senarainya....so.....semua yang tersenarai kat atas, bukan lah jawapan kepada persoalan perantau tadi....apa jawapannya??

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (A-li’Imraan 3:169)

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (A-li’Imraan 3:170)

“Tidak seorang pun yang telah masuk syurga, ingin kembali ke dunia walaupun bagaimana besar kekayaannya di dunia, kecuali orang yang mati syahid. Dia mengharapkan kembali ke dunia hingga dibunuh kembali sepuluh kali dalam (perang fisabilillah). Sebab kemuliaan (mati syahid) yg dilihatnya (yang diberikan kepadanya). “Dalam riwayat lain. “Sebab melihat keutamaan (kemuliaan) mati syahid.” (HR Bukhari dan Muslim)

“Seorang yang mati syahid dapat memberi syafaat (pertolongan) bagi tujuh puluh anggota keluarganya.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud)

Jadi? tahukan jawapannya......syahid.....inilah sebaik baik cita cita dan semulia mulia cita cita.....

tanam lah cita cita ini dalam diri kita...jadikan ia motivasi kita paling tinggi...

perantau nak akhiri dengan sebuah hadis;

“Sesiapa minta mati syahid kepada Allah dengan kesungguhan, nescaya Allah akan menyampaikannya ke tingkat orang-orang yang mati syahid, walaupun dia mati di tempat tidurnya.” (HR Muslim)



Yang menolak bernama AHmad Al-Ja'bary. Yang ditolak adalah seorang tokoh BESAR HAMAS, Ahmad Yasin. 

Kedua-duanya telah pergi menemui Yang Maha Pencipta dalam keadaan mati SYAHID.

Ahmad Yasin syahid pada 22 Mac 2004
Al Ja'bary pula syahid pada 14 November 2012
sumber:aman palestine


sumber:http://hasnulhadiahmad.com/wajah-wajah-orang-mati-syahid/#more-2144





sekian.....terima kasih....assalamualaikum... :)

Thursday, 15 November 2012

Sajak Sang Mantan...

Assalamualaikum para pembaca sekalian...
lame sudah perantau ini tidak meng"update" blog ini...kali ini biar bahasa yang berbicara....perantau ambil sebuah sajak milik Mantan Mufti Perlis untuk di abdikan dalam blog ini....sebuah sajak yang ditujukan kepada salah satu Sultan yang perantau ini hormati...

Yeah, walaupun perantau ini bukannya orang Kelantan...tapi mengagumi kezuhudan Sultan kelantan, apa salahnya.....contoh kowt....contohilah orang orang soleh....bla bla bla...jom hayati bait bait puisi ini.....


Ulamak itu teladan kita...sayangilah ulamak selagi mereka berada dijalan yang benar.... :)

HAVE A NICE DAY FOLKS....

buang segala perasaan benci pada setiap insan...

bersangka baik pada setiap insan...

berfikiran terbuka sambil lidah meneliti apa yang bakal diucapkan.....

Assalamualaikum.... :)