Friday 28 February 2014

Islam yang kita faham?


Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian. Lama perantau tidak menukilkan sesuatu dalam blog perantau ini. Sibuk dengan pelbagai perkara. Para pembaca bagaimana? Semoga dalam keadaan yang sihat dan sentiasa di rahmati Allah.

Islam yang kita fahami.

Satu persoalan yang perantau ingin kongsikan kali ini. Islam yang kita fahami hari ini.

Cuba tanya diri kita seketika, apa yang kita faham atau apa itu Islam?

Ada orang cakap Islam itu adalah syahadah, solat, puasa, zakat, haji,

Betul ke ini Islam?

Bukan kah ini Islam yang kita faham?

Islam itukan syahadah, solat, puasa, zakat, haji?

Jadi apa silapnyer?

OKAY!

Perantau nak tanye, dalam sehari berapa jumlah minit kita solat?

Mungkin dalam 40 minit sehari.

Jadi dalam sehari kita hanya Islam 40 minit je ke???

Faham tak?

Kalau kita kata Islam itu solat, maka dalam sehari kita hanya Islam dalam 40 minit ja. Masa selebihnya? KAFIR? (maaf)

Puasa pula. Dalam setahun kita diwajibkan berpuasa selama sebulan.

Jika kita kata Islam itu puasa maka kita hanya Islam sebulan dalam setahun. Sebelas bulan yang lain?

Tu belum lagi perantau tanye bab zakat, haji, Syahadah.

Jadi perantau ingin kita membetulkan semua kefahaman Islam kita. Bahawasyanya Islam itu bukan hanya syahadah, solat, puasa, zakat dan haji. Mari kita melihat kepada hadis ketiga dalam hadis 40 Imam Nawawi.




Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "lslam itu dibina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah


Dalam memahami hadis ini, kita perlu menguasai bahasa arab dengan baik. Satu perkataan yang menjadi kunci kepada hadis ini ialah perkataan yang di highlight kuning. Terjemahannya dalam bahasa melayu adalah "dibina."

Islam itu dibina di atas lima perkara. Cuba kita fahamkan betul betul  maksud dibina dalam hadis tersebut.
Perantau bawa suatu contoh. 


Perhatikan gambar diatas. Dalam ilmu kejuruteraan awam, sebelum berdiri megahnya sesebuah bangunan, perlu lah ada asas asasnya. Asasnya termasuk cerucuk yang kuat, tanah yang stabil dan sebagainya yang dirasakan perlu dalam proses pengukuhan asasnya. Dalam bahasa mudahnya, Sesebuah bangunan yang indah itu di bina diatas cerucuk cerucuk yang kita dan tanah yang stabil.

Begitu juga dengan Islam.

5 rukun Islam itu adalah asas kepada di binanya Islam. Islam itu ialah sebuah bangunan yang indah. Ia perlu kepada asas asas yang kukuh.

Jadi, pemahaman kita mengenai Islam sebelum adalah salah bukan?

Memahami Islam itu hanya syahadah, puasa, solat, zakat, haji.

Islam itu adalah satu cara hidup, yakni ia perlu hidup 24 jam 7 hari seminggu sepanjang hayat kita.

Islam itu adalah suatu undang undang yang mengatur 24 jam hidup manusia.

Berapa ramai orang solat, tetapi masih terlibat dalam riba?

Berapa ramai orang berpuasa, tetapi masih menipu?

Manakah Islam???


"Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan negara ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun kasih sayang dan keadilan. Ia adalah peradaban dan undang-undang ataupun keilmuan dan hukum-hukum. Ia juga adalah material dan harta benda ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Begitu juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita."

Imam Hasan Al Banna

Jadi sahabat sekalian, Islam itu adalah kehidupan kita, ia mengatur seluruh kehidupan kita. Kita mesti mengamalkan Islam sepenuh. Jangan mengambil Islam hanya pada tempat tertentu, dan kufur pula di tempat tertentu. Banyak lagi yang ingin perantau bahaskan, namun mata terasa berat. InsyaAllah akan di sambung di kesempatan yang lain..


Assalamualaikum...