Saturday 19 December 2015

Cebisan Seorang Mujahid(1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang budiman sekalian(ada lagi ke pembaca?)

So, dah lame perantau tak menulis dalam blog ni. Rindu rasenye zaman perantau rajin menulis dulu.

Tak banyak nak cerita, cumanya Alhamdulillah banyak rezeki Allah dah kurniakan kepada perantau...banyak ujian dan pengalaman yang mempercepatkan proses pendewasaan...melihat dunia dari sudut yang tak pernah di fikirkan sebelum ini.

So perantau nak kongsikan sikit isi perkongsian yang perantau beri semasa halaqah dengan ahli halaqah tempoh hari

Di petik dari karya Fathi Yakan"Apa Ertinya Saya menganut Islam" dalam bab akidah...






Tiga point utama perantau nak kongsi secara ringkas...

1. Menyakini Allah adalah Maha Pencipta yang menciptakan segala ciptaanNya dengan penuh kesempurnaan dan keseimbangan. Setiap juzu penciptaan ini memerlukan juzu juzu yang lain. Contohnya, kita perlu kepada oksigen untuk bernafas, oksigen dari tumbuh tumbuhan, tumbuhan memerlukan cahaya matahari, dan sebagainya. 














Keseimbangan ini jika di langgar akan mengakibatkan berlakunya bencana alam. Contohnya, penebangan pokok balak besar besaran sehingga kawasan takungan air terjejas, akan mengakibatkan banjir besar. Gunung gunung yang di tarah akan mengakibatkan kawasan itu kurang stabil dan berpotensi dilanda gempa bumi. Segala bencana yang melanda adalah kerana manusia menganggu keseimbangan yang Allah jadikan kepada alam ini...



2. Menyakini segala penciptaan Allah tiada yang sia sia termasuklah sekecil kecil nyamuk. Segala ciptaan Allah ada fungsinya. Dan kadang kala kita tidak dapat menjangkaukan akal untuk mencapai hikmah penciptaan sesuatu perkara.





3. Yang paling penting ialah menyakini bahawa Allah telah menurunkan para nabi dan para Rasul kepada umat manusia untuk memberikan jawapan kepada berberapa persoalan misteri kehidupan ini yaitu; kenapa manusia di jadikan? dari mana asal usul manusia? dan kemana manusia akan pergi?





Persoalan persoalan ini telah membingungkan umat manusia berkurun lamanya, maka lahirlah ahli ahli fikir yang berusaha merungkai persoalan tersebut. Namum akal tidak mampu menjawab persoalan ini. Maka dengan ini perlulah manusia kepada Para Rasul untuk menjawab soalan soalan ini.

Bahkan tugas para Rasul ialah membimbing umat manusia untuk mengenal siapa Maha Pencipta...

Kesimpulannya...ini adalah antara asas akidah yang perlu diterapkan dalam diri setiap muslim. Asas ini lah yang akan mengarahkan pandangan hidup kita kepada fitrah kita yakni bersih dan suci...Kita akan memahami betapa kerdilnya dunia dan betapa luasnya akhirat...

Mudah mudahan bermanfaat...jumpa di next entry....

Assalamualaikum....