Assalamualaikum kepada para pembaca
sekalian. Lama perantau tidak menukilkan sesuatu dalam blog perantau ini. Sibuk
dengan pelbagai perkara. Para pembaca bagaimana? Semoga dalam keadaan yang
sihat dan sentiasa di rahmati Allah.
Islam yang kita fahami.
Satu persoalan yang perantau ingin
kongsikan kali ini. Islam yang kita fahami hari ini.
Cuba tanya diri kita seketika, apa yang
kita faham atau apa itu Islam?
Ada orang cakap Islam itu adalah syahadah,
solat, puasa, zakat, haji,
Betul ke ini Islam?
Bukan kah ini Islam yang kita faham?
Islam itukan syahadah, solat, puasa, zakat,
haji?
Jadi apa silapnyer?
OKAY!
Perantau nak tanye, dalam sehari berapa
jumlah minit kita solat?
Mungkin dalam 40 minit sehari.
Jadi dalam sehari kita hanya Islam 40 minit
je ke???
Faham tak?
Kalau kita kata Islam itu solat, maka dalam
sehari kita hanya Islam dalam 40 minit ja. Masa selebihnya? KAFIR? (maaf)
Puasa pula. Dalam setahun kita diwajibkan
berpuasa selama sebulan.
Jika kita kata Islam itu puasa maka kita
hanya Islam sebulan dalam setahun. Sebelas bulan yang lain?
Tu belum lagi perantau tanye bab zakat,
haji, Syahadah.
Jadi perantau ingin kita membetulkan semua
kefahaman Islam kita. Bahawasyanya Islam itu bukan hanya syahadah, solat, puasa,
zakat dan haji. Mari kita melihat kepada hadis ketiga dalam hadis 40 Imam
Nawawi.
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn
'Umar ibn al-Khatthab r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW
bersabda: "lslam itu dibina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa
sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu
adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan
haji ke Baitullah
Dalam memahami hadis ini, kita perlu
menguasai bahasa arab dengan baik. Satu perkataan yang menjadi kunci kepada
hadis ini ialah perkataan yang di highlight kuning. Terjemahannya dalam bahasa
melayu adalah "dibina."
Islam itu dibina di atas lima perkara. Cuba
kita fahamkan betul betul maksud dibina
dalam hadis tersebut.
Perantau bawa suatu contoh.
Perhatikan gambar diatas. Dalam ilmu
kejuruteraan awam, sebelum berdiri megahnya sesebuah bangunan, perlu lah ada
asas asasnya. Asasnya termasuk cerucuk yang kuat, tanah yang stabil dan
sebagainya yang dirasakan perlu dalam proses pengukuhan asasnya. Dalam bahasa
mudahnya, Sesebuah bangunan yang indah itu di bina diatas cerucuk cerucuk yang
kita dan tanah yang stabil.
Begitu juga dengan Islam.
5 rukun Islam itu adalah asas kepada di
binanya Islam. Islam itu ialah sebuah bangunan yang indah. Ia perlu kepada asas
asas yang kukuh.
Jadi, pemahaman kita mengenai Islam sebelum
adalah salah bukan?
Memahami Islam itu hanya syahadah, puasa,
solat, zakat, haji.
Islam itu adalah satu cara hidup, yakni ia
perlu hidup 24 jam 7 hari seminggu sepanjang hayat kita.
Islam itu adalah suatu undang undang yang
mengatur 24 jam hidup manusia.
Berapa ramai orang solat, tetapi masih terlibat dalam riba?
Berapa ramai orang berpuasa, tetapi masih menipu?
Manakah Islam???
"Islam adalah satu sistem yang
menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan negara
ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun kasih sayang dan
keadilan. Ia adalah peradaban dan undang-undang ataupun keilmuan dan
hukum-hukum. Ia juga adalah material dan harta benda ataupun kerja dan
kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Begitu juga
ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama
pengiktibarannya di sisi kita."
Imam Hasan Al Banna
Jadi sahabat sekalian, Islam itu adalah
kehidupan kita, ia mengatur seluruh kehidupan kita. Kita mesti mengamalkan
Islam sepenuh. Jangan mengambil Islam hanya pada tempat tertentu, dan kufur
pula di tempat tertentu. Banyak lagi yang ingin perantau bahaskan, namun mata
terasa berat. InsyaAllah akan di sambung di kesempatan yang lain..
Assalamualaikum...