Thursday, 18 October 2012

Syair yang membuatkan Imam Ahmad rha menangis


Assalamualaikum para perantau sekalian, mari lah kita menghayati satu syair yang amat amat baik untuk kita munasabah diri dan jiwa kita ini yang sentiasa penuh dengan kekotoran. Sesungguhnya orang yang merasakan dia tidak ada dosa, maka dia telah membuat percaturan yang amat salah. Mari sama sama kita hyati bait bait puisi ini


Apabila tiba saat Tuhanku berkata padaku:
Tidakkah engkau malu melakukan maksiat kepadaku?
Engkau menyembunyikan dosa dari makhlukku
sedang dengan dosa engkau datang berjumpaku?

Maka bagaimanakah aku boleh menjawabnya
dan siapalah yang boleh mempertahanku?

Aku sentiasa mendamaikan perasaanku
dengan harapan-harapan dari detik ke detik
Sedangkan aku lupa apa yang berlaku selepas kematian,
apalah yang cukup untukku

Seolah-olahnya aku telah dapat menjamin
akan terus hidup dan kematian tidak akan datang

Jika tibalah saat sakit kematian siapalah
yang boleh menahannya dariku?

Aku hanya mampu melihat wajah-wajah di depanku
adakah seseorang di kalangan mereka yang boleh menebusku?


Aku bakal ditanya apalah yang telah aku
persembahkah di duniaku dahulu yang
boleh menyelamatkan daku

Bagaimanalah jawapanku setelah mana aku
mengabaikan urusan agamaku?

Oh! Kesalnya, apakah aku tidak pernah mendengar
kalam Allah yang menyeruku?

Apakah aku tidak pernah mendengar
kandungan surah Qaf dan surah Ya Sin

Apakah aku tidak pernah mendengar tentang
hari perhimpunan, perkumpulan dan pembalasan.

Tidak pernahkah aku mendengar penyeru
kematian yang mengajakku dan memanggilku?

Wahai Tuhanku, inilah seorang hamba
yang kembali, siapalah yang sanggup menerimanya?


Kecuali Tuhan yang maha pengampun, yang maha kaya,
Yang sentiasa memberiku pedoman ke jalan kebenaran.

Aku mendatangiMu maka kasihanilah daku
Dan beratkanlah neraca timbanganku

Ringankalah pembalasanku kerana Engkau
sahajalah paling diharap kebaikannya
apabila melakukan pembalasan


Sayang seribu kali sayang jika kita tidak menghayati syair syair sebegini….tapi tak pelah, mungkin jiwa kalian tidak ada seni, tak seperti jiwa mana perantau ini yang penuh dengan seni….hahahaha
Assalamualaikum…

No comments:

Post a Comment