Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian. Semoga
dirahmati Allah selalu. Lama sudah perantau tidak menukilkan sesuatu didalam
blog perantau ini. Sekarang ini pun sudah penghujung ramadan. Semoga kita semua
berjaya menjalani ibadah puasa.
La illaha illallah
Kali ini perantau ingin menyentuh mengenai suatu kalimat suci, agung dan kalimat yang paling banyak memberikan kesan kepada ketamadunan manusia sejagat. Suatu kalimat yang amat hebat jika ditelurusi dengan mendalam. Suatu kalimat yang berjaya merubah kehidupan umat manusia beribu ribu tahun lamanya. Kalimat yang menyentuh dan menembusi jiwa dan jasad manusia.
Atau dalam bahasa mudah kalimah tauhid La illa ha illallah
Perantau tidak bercadang untuk membahaskan kesemua perkataan
dalam kalimah tauhid itu. Perantau hanya ingin menyentuh mengenai perkataan
"illah".
Kebiasaanya perkataan "illah" ini diterjemahkan
kedalam bahasa melayu sebagai TUHAN, atau pun God dalam bahasa inggeris. Jadi
maksud kalimah tauhid itu membawa erti, TIADA TUHAN SELAIN ALLAH.
Mari kita membahaskan perkataan "illah" ini
melebihi skop yang biasa kita guna pakai(TUHAN)
Kenapa kalimah illah yang digunakan? Kenapa bukan rab?
sedangkan rab juga membawa erti yang sama yakni TUHAN? Kenapa?
Jadi sudah semestinya perkataan "illah" ini begitu
istimewa sehinggakan ia menjadi sebahagian dari kalimah tauhid yang agung itu.
Illah, selain dari ertinya TUHAN juga membawa erti
sesembahan/perkara yang disembah/sesuatu yang disembah
Jika ingin diperbahaskan maksud illah dari segi linguistik,
memang akan membazirkan masa. Dan perantau tidak bercadangan untuk membawa
pembaca kepada perbahasan yang membazirkan masa.
Jadi, apa yang ada di sebalik perkataan illah ini? Apa kah
kandungan illah itu?
Apabila kita memahami kandungan sesuatu perkara, sudah
semestinya kita akan lebih menghayati kalimah ini. InsyaAllah.
Empat kesimpulan yang dapat Perantau kongsi mengenai
kandungan perkataan illah
YANG PERTAMA
Merasa tenang terhadap sesuatu
" Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya
akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta
merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat
Kami, "(Surah Yunus:7)
Seperti yang dinyatakan dalam ayat Quran diatas, illah
mengandungi maksud merasakan tenang terhadap sesuatu. Adakah ada perkara yang
boleh membuatkan manusia itu merasa tenang?
Suatu contoh yang perantau ingin bawakan ialah, duit. Berapa
ramai manusia yang merasakan tenang apabila melihat duit, atau merasa tenang
apabila memikirkan tentang duit. Tidak dinafikan, manusia pada hari ini bekerja
bertungkus lumus, membuat apa sahaja untuk mendapatkan duit yang banyak. Sama
sahaja, di timur dibarat apatah lagi. Pada mereka, duit mampu memberikan
ketenangan dan kepuasan sebagai mana yang dinyatakan dalam ayat Quran diatas.
Bagaimana manusia merasa tenteram dengan kehidupan dunia.
Ada banyak lagi contoh yang boleh perantau huraikan, namun,
ia akan membazirkan masa. Antara contohnya ialah harta, wanita, pangkat,
darjat, kedudukan.
berapa ramai yang merasa tenang dengan pangkatnya? Sedangkan
Nabi SAW sendiri yang dikurniakan pangkat Nabi pun merasa gelisah dek kerana
amanah yang dipikul baginda amat besar.
Kita lihat pula contoh pada ayat ini;
"Dan Kami seberangkan Bani Israil ke seberang lautan itu, maka
setelah mereka sampai kepada suatu kaum yang tetap menyembah berhala mereka,
Bani lsrail berkata: "Hai Musa. buatlah untuk kami sebuah tuhan (berhala)
sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan (berhala)." Musa menjawab:
"Sesungguh-nya kamu ini adalah kaum yang tidak mengetahui (sifat-sifat
Tuhan)."
(Al Araf:138)
Bagaimana kisah kaum Nabi Musa as yang sudah diselamatkan
Allah dari bencana Firaun, mereka tetap menginginkan berhala untuk disembah
selain dari Allah. Kenapa? Mereka merasa tenang menyembah berhala itu. Alangkah
zalimnya mereka pada diri sendiri.
Hari ini berhala berhala bukan lagi dalam bentuk patung,
tetapi bentuk duit, pangkat, derajat, kemasyhuran.
Bagaimana ketenangan orang beriman?
Orang beriman pula hanya akan tenang/tenteram apabila dia
mengingati Penciptanya. Sebagaimana firman Allah SWT:
(yaitu) orang-orang yang beriman
dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan
mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (Ar-Rad: 28)
Apa kata kita muhasabah sebentar diri kita. Apakah kita
merasa tenang terhadap sesuatu yang lain selain dari Allah? Hati hati, mungkin
perkara itu yang kita sembah. Bahkan sampai kepada men"tuhan"kan
perkara itu.
Realiti umat pada hari ini, ramai yang menyembah duit,
kemewahan dunia...bahkan wanita...
Carilah ketenangan dalam apa yang kamu sembah...yakni
Allah...
YANG KEDUA
Merasa selamat/berlindung/ditolong dengan sesuatu
"Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia
meminta perlindungan kepada
beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa
dan kesalahan."
(Al Jin: 6)
Bagaimanakah yang dikatakan merasakan selamat dengan
sesuatu? Sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat di atas, ada
di antara orang-orang Arab bila mereka melintasi tempat yang sunyi, maka mereka
minta perlindungan kepada jin yang mereka anggap kuasa di tempat itu. Mari kita
melihat kepada skop yang lebih luas dari jin. Skop yang menjadi realiti umat
pada hari ini. Contoh yang sama seperti yang pertama tadi, yakni duit.
Ada manusia, yang merasakan dengan
adanya duit yang banyak, adanya duit yang bertimbun timbun mampu memberikan perlindungan
kepadanya. Di anggapnya duit itu mampu memberikan keselamatan. Di anggapanya
duit itu mampu memberi keselamatan. Dianggapnya duit itulah pelindungnya selain
dari Allah.
Mereka mengambil sembahan-sembahan selain Allah, agar mereka mendapat
pertolongan. (Yasin:74)
Inilah arti perkataan illah yang kedua.
Ada pula orang yang beranggapan bahawa
pangkat yang tinggi mampu memberikan keselamatan dan perlindungan kepadanya. Ada yang
beranggapan bahawa rumah yang besar dilengkapi dengan CCTV, pengawal
keselamatan mampu memberikan keselamatan dan perlindungan kepadanya. Ini semua
adalah anggapan yang jahil! Anggapan yang tidak mendasarkan hak ALLAH.
Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari
kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir,
pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya
kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal
di dalamnya. (Al Baqarah: 257)
Allah lah pelindung sebenar orang beriman.
Muhasabah diri kita. Apa kita benar benar merasakan Allah
sebagai pelindung kita atau sesuatu yang lain. Jika kita merasa
terlindung/selamat dari sesuatu selain Allah, ditakuti, perkara itu menjadi
TUHAN kita. Nauzubbillah.
YANG KETIGA
Selalu merindukan sesuatu.
Mereka menjawab: "Kami menyembah berhala-berhala dan kami
senantiasa tekun menyembahnya." (Asy Syuara:71)
Merindukan sesuatu dan tekun dalam merinduinya juga
merupakan salah satu kandungan perkataan illah.
KIta mengambil contoh yang sama yakni duit.
Apabila kita selalu memikirkan tentang duit, dan sentiada
berusaha bersungguh sungguh mendapatkannya melalui apa jua cara, maka ini juga
dikatakan suatu penyembahan kepada selain dari Allah.
Berapa ramai orang yang selalu mengidamkan duit yang banyak?
Mengimpikan untuk memiliki rumah yang mewah? Mengimpikan untuk memiliki segenap
kemewahan dunia?
Hati hati pembaca sekalian,...mungkin itulah yang kita
sembah. DUIT!
Keluar dari skop duit. Kita lihat pula contoh wanita.
Merindui seorang wanita dan berusaha memenuhi kehendaknya. Bukankah ini bentuk
penyembahan? Sedangkan kehendak Allah yang lebih utama untuk dipenuhi.
Inilah kandungan illah yang ketiga. Sentiasa merasa rindu
dan berusaha memenuhi tuntutan perkara yang dirinduinya.
Sesembahan yang kita tidak sedar. MENSYIRIKKAN ALLAH!
YANG KEEMPAT
Kandungan yang terakhir barang kali ialah mencintai dan
cenderung kepada yang dicintainya.
"Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah
tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka
mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada
Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika
mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah
semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal)."
(Al Baqarah:165)
Sebagai mana yang dinyatakan dalam ayat suci Quran diatas,
nyatalah bahawa ada manusia yang mengambil sesuatu untuk dicintai selain dari
Allah.
Jika pada zaman Rasulullah SAW, perkara yang di cintai masyarakat jahililiah adalah patung patung berhala.....maka pada hari ini patung patung itu diubah
menjadi duit, pangkat, wanita, harta, kekayaan, kemasyhuran.
Persoalan cinta, tidak perlu dihuraikan panjang, kerana pada
hemat perantau, ramai yang memahami cinta itu.
Sebagai kesimpulannya perantau ingin mengariskan semua
kandungan kandungan perkataan illah;
1. Merasa tenang terhadap sesuatu
2. Merasa dilindungi oleh sesuatu
3. Merindui dan berusaha memenuhi tuntutan yang dirindui
4. Mencintai sesuatu
Orang yang beriman hanya akan merasa tenang apabila dia
teringat kepada Allah, merasa dilindungi oleh Allah, sentiasa merindui dan
berusaha memenuhi kehendak Allah dan mencintai Allah.
sedangkan orang yang belum beriman/munafiq/kafir pula merasa
tenang terhadap sesuatu selain dari Allah, merasa terlindung oleh sesuatu selain
Allah, merindui dan memenuhi tuntutan sesuatu selain Allah dan mencintai
sesuatu selain Allah.
Apabila kita memahami manifestasi dan kandungan disebalik
perkataan illah itu tadi, maka kita akan lebih menghayati kalimah Tauhid yang
suci dan agung itu.
TIADA SESEMBAHAN YANG LAYAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH
Inilah manifestasi cinta yang amat tinggi. Hanya meletakan
Allah sebagai maksud/matlamat kehidupannya.
Dengan pengertian 4 kandungan perkataan illah itu, boleh lah
dikatakan bahawa, kalimah tauhid itu ialah suatu revolusi kepada perhambaan
sesama makhluk, pengtuhanan kepada makhluk, penafian kepada segala bentuk
pengabdian selain kepada Allah sahaja.
Inilah tauhid yang murni.
Wallahua'alam
sekian, sampai disini sahaja entry kali ini.
Assalamualaikum..selamat beramal