Thursday, 9 February 2017

untitled: random story

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sangat lama tak update entry kat sini...

Mudah mudahan pembaca di jaga dalam ruang keimanan dan ketaqwaan

Bakal memulakan semester seterusnya bagi meneruskan perjuangan menuntut ilmu.

Doakan agar perjalanan ini di permudahkan dan terhindar dari musibah.

Banyak perkara yang ingin di kongsikan kepada pembaca, tetapi setiap kali ingin menulis,...keluar kata kata halus dari jiwa bertanya "apakah yang kau tulis itu akan menyakitkan orang lain?" "apakah kau menulis kerana inginkan nama?"  "apakah kau menulis kerana ingin menunjukan yang kau pandai menulis?"

Kata orang yang bijaksana "tulis lah sesuatu yang akan mengembirakan kita di akhirat"

So, stay tuned, antara azam tahun ini ialah banyakkan menulis sesuatu yang mengembirakan...

sekian...

Saturday, 19 December 2015

Cebisan Seorang Mujahid(1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang budiman sekalian(ada lagi ke pembaca?)

So, dah lame perantau tak menulis dalam blog ni. Rindu rasenye zaman perantau rajin menulis dulu.

Tak banyak nak cerita, cumanya Alhamdulillah banyak rezeki Allah dah kurniakan kepada perantau...banyak ujian dan pengalaman yang mempercepatkan proses pendewasaan...melihat dunia dari sudut yang tak pernah di fikirkan sebelum ini.

So perantau nak kongsikan sikit isi perkongsian yang perantau beri semasa halaqah dengan ahli halaqah tempoh hari

Di petik dari karya Fathi Yakan"Apa Ertinya Saya menganut Islam" dalam bab akidah...






Tiga point utama perantau nak kongsi secara ringkas...

1. Menyakini Allah adalah Maha Pencipta yang menciptakan segala ciptaanNya dengan penuh kesempurnaan dan keseimbangan. Setiap juzu penciptaan ini memerlukan juzu juzu yang lain. Contohnya, kita perlu kepada oksigen untuk bernafas, oksigen dari tumbuh tumbuhan, tumbuhan memerlukan cahaya matahari, dan sebagainya. 














Keseimbangan ini jika di langgar akan mengakibatkan berlakunya bencana alam. Contohnya, penebangan pokok balak besar besaran sehingga kawasan takungan air terjejas, akan mengakibatkan banjir besar. Gunung gunung yang di tarah akan mengakibatkan kawasan itu kurang stabil dan berpotensi dilanda gempa bumi. Segala bencana yang melanda adalah kerana manusia menganggu keseimbangan yang Allah jadikan kepada alam ini...



2. Menyakini segala penciptaan Allah tiada yang sia sia termasuklah sekecil kecil nyamuk. Segala ciptaan Allah ada fungsinya. Dan kadang kala kita tidak dapat menjangkaukan akal untuk mencapai hikmah penciptaan sesuatu perkara.





3. Yang paling penting ialah menyakini bahawa Allah telah menurunkan para nabi dan para Rasul kepada umat manusia untuk memberikan jawapan kepada berberapa persoalan misteri kehidupan ini yaitu; kenapa manusia di jadikan? dari mana asal usul manusia? dan kemana manusia akan pergi?





Persoalan persoalan ini telah membingungkan umat manusia berkurun lamanya, maka lahirlah ahli ahli fikir yang berusaha merungkai persoalan tersebut. Namum akal tidak mampu menjawab persoalan ini. Maka dengan ini perlulah manusia kepada Para Rasul untuk menjawab soalan soalan ini.

Bahkan tugas para Rasul ialah membimbing umat manusia untuk mengenal siapa Maha Pencipta...

Kesimpulannya...ini adalah antara asas akidah yang perlu diterapkan dalam diri setiap muslim. Asas ini lah yang akan mengarahkan pandangan hidup kita kepada fitrah kita yakni bersih dan suci...Kita akan memahami betapa kerdilnya dunia dan betapa luasnya akhirat...

Mudah mudahan bermanfaat...jumpa di next entry....

Assalamualaikum....

Friday, 28 February 2014

Islam yang kita faham?


Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian. Lama perantau tidak menukilkan sesuatu dalam blog perantau ini. Sibuk dengan pelbagai perkara. Para pembaca bagaimana? Semoga dalam keadaan yang sihat dan sentiasa di rahmati Allah.

Islam yang kita fahami.

Satu persoalan yang perantau ingin kongsikan kali ini. Islam yang kita fahami hari ini.

Cuba tanya diri kita seketika, apa yang kita faham atau apa itu Islam?

Ada orang cakap Islam itu adalah syahadah, solat, puasa, zakat, haji,

Betul ke ini Islam?

Bukan kah ini Islam yang kita faham?

Islam itukan syahadah, solat, puasa, zakat, haji?

Jadi apa silapnyer?

OKAY!

Perantau nak tanye, dalam sehari berapa jumlah minit kita solat?

Mungkin dalam 40 minit sehari.

Jadi dalam sehari kita hanya Islam 40 minit je ke???

Faham tak?

Kalau kita kata Islam itu solat, maka dalam sehari kita hanya Islam dalam 40 minit ja. Masa selebihnya? KAFIR? (maaf)

Puasa pula. Dalam setahun kita diwajibkan berpuasa selama sebulan.

Jika kita kata Islam itu puasa maka kita hanya Islam sebulan dalam setahun. Sebelas bulan yang lain?

Tu belum lagi perantau tanye bab zakat, haji, Syahadah.

Jadi perantau ingin kita membetulkan semua kefahaman Islam kita. Bahawasyanya Islam itu bukan hanya syahadah, solat, puasa, zakat dan haji. Mari kita melihat kepada hadis ketiga dalam hadis 40 Imam Nawawi.




Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "lslam itu dibina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah


Dalam memahami hadis ini, kita perlu menguasai bahasa arab dengan baik. Satu perkataan yang menjadi kunci kepada hadis ini ialah perkataan yang di highlight kuning. Terjemahannya dalam bahasa melayu adalah "dibina."

Islam itu dibina di atas lima perkara. Cuba kita fahamkan betul betul  maksud dibina dalam hadis tersebut.
Perantau bawa suatu contoh. 


Perhatikan gambar diatas. Dalam ilmu kejuruteraan awam, sebelum berdiri megahnya sesebuah bangunan, perlu lah ada asas asasnya. Asasnya termasuk cerucuk yang kuat, tanah yang stabil dan sebagainya yang dirasakan perlu dalam proses pengukuhan asasnya. Dalam bahasa mudahnya, Sesebuah bangunan yang indah itu di bina diatas cerucuk cerucuk yang kita dan tanah yang stabil.

Begitu juga dengan Islam.

5 rukun Islam itu adalah asas kepada di binanya Islam. Islam itu ialah sebuah bangunan yang indah. Ia perlu kepada asas asas yang kukuh.

Jadi, pemahaman kita mengenai Islam sebelum adalah salah bukan?

Memahami Islam itu hanya syahadah, puasa, solat, zakat, haji.

Islam itu adalah satu cara hidup, yakni ia perlu hidup 24 jam 7 hari seminggu sepanjang hayat kita.

Islam itu adalah suatu undang undang yang mengatur 24 jam hidup manusia.

Berapa ramai orang solat, tetapi masih terlibat dalam riba?

Berapa ramai orang berpuasa, tetapi masih menipu?

Manakah Islam???


"Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan negara ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun kasih sayang dan keadilan. Ia adalah peradaban dan undang-undang ataupun keilmuan dan hukum-hukum. Ia juga adalah material dan harta benda ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Begitu juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita."

Imam Hasan Al Banna

Jadi sahabat sekalian, Islam itu adalah kehidupan kita, ia mengatur seluruh kehidupan kita. Kita mesti mengamalkan Islam sepenuh. Jangan mengambil Islam hanya pada tempat tertentu, dan kufur pula di tempat tertentu. Banyak lagi yang ingin perantau bahaskan, namun mata terasa berat. InsyaAllah akan di sambung di kesempatan yang lain..


Assalamualaikum...

Sunday, 10 November 2013

Generasi Yang Unik

Assalamualaikum kepada para pembaca yang dirahmati Allah sekarang. Semoga para pembaca mendapat keredhaan Allah SWT. sebagai sambungan kepada entry yang lepas, kali ini perantau akan membincangkan suatu topik yang agak berat, tetapi sangat menarik.

Dalam perbincangan yang lepas KLIK DISINI JIKA BELUM BACA, perantau membincangkan bahawa agama ini harus dilaksanakan oleh manusia menuruti segala kemampuan manusia itu. Hal ini mencakupi segala elemen kemanusiannnya, fitrahnya, kudratnya, daya pikirnya dan daya tepunya. Manusia juga mesti berusaha sebaik mungkin dalam urusan ugama. Bahkan dalam segala urusan, termasuk urusan dunia. Pendek kata, lakukan segala pekerjaan anda bersungguh sungguh. Solat, zakat, puasa, makan, minum, tidur, berjalan, memandu, bermain bola sepak, belajar, welding, wiring, menyelam dan segala pekerjaan kita, lakukan dengan bersungguh sungguh dan kerana Allah SWT.

Kali ini perantau akan membincangkan berberapa prinsip yang pernah melahirkan suatu generasi yang amat hebat dalam sejarah ketamadunan manusia umumnya. Generasi yang mana tidak akan muncul lagi selepas ini. Generasi yang sepatutnya menjadi contoh kepada seluruh manusia. Kepada seluruh umat Islam khasnya.
Memang benar, pada hari ini kita dapat melihat figur figur yang hebat, tetapi tidak dapat kita nafikan bahawa, pada hari ini tidak pernah berkumpul suatu kelompok yang sama sehebat dengan generasi yang perantau maksudkan tadi. Seolah olah orang orang yang hebat ini tidak mampu melahirkan pelapisnya. Hakikatnya, generasi hari ini tidak mencontohi generasi tersebut. Generasi yang perantau maksudkan itu ialah, generasi Para Sahabat, dan dua generasi selepasnya. Atau dikenali dengan salafussoleh. Perantau akan fokus kepada generasi sahabat.

Dakwah ini pernah melahirkan generasi yang amat hebat, generasi para sahabat. Generasi yang mempunyai prinsip tersendiri dalam seluruh sejarah umat Islam. Para pendakwah Islam seharusnya memerhatikan hal ini dengan mendalam dan menyeluruh. Agar dapat kita ketahui segala rahsianya.

Dua perkara ada pada tangan kita pada hari ini, yang menjadi sumber dakwah ini. Sebagai mana ia pernah menjadi sumber dakwah pada generasi pertama. Al Quran masih ada pada tangan kita dan Allah sendiri bertanggungjawab memeliharanya. Hadis Rasulullah SAW berserta petunjuk petunjuknya yang praktikal masih ada sampai pada hari ini. Juga sirah nabi masih ada pada hari ini.

Namun, cuba kita fikir, apakah rahsia dakwah dan metodologi generasi pertama ini yang mungkin tidak akan muncul lagi? Apa rahsianya?

Ada orang yang jahil berpendapat bahawa, generasi itu hebat kerana adanya Rasulullah SAW pada zaman itu. Jika kerana Rasulullah SAW, generasi ini menjadi hebat, maka tentulah Allah tidak akan menjadikan Risalah Muhammad SAW sebagai risalah penutup. Ia hanya untuk zaman para sahabat. Tetapi risalah ini adalah risalah sepanjang zaman, sepanjang jalan.....sampai kiamat.

Jadi apa rahsianya? Jadi perantau akan membincangkan dari tiga aspek utama.

1. Sumber rujukan agung

Al Quran merupakan satu satunya tempat rujukan generasi sahabat ini. Manakala petunjuk dari Rasulullah SAW(hadis) merupakan tafsiran kepada rujukan yang utama itu

Generasi pertama menjadikan Al Quran sebagai reference point/titik rujukan dalam setiap hal kehidupan, menjadikan Al Quran sebagai standard dalam mereka untuk berfikir.

Adakah ini kerana tidak ada titik rujukan yang lain pada zaman itu? Ini adalah soalan orang yang tidak memahami sejarah. Pada awalnya Islam, berdirinya dua empayar dan ketamadunan yang kaya dari segi sudut pikir dan teknologi. Tamadun Rom dan Parsi mengelilingi jazirah Arab. Agama Yahudi dan Nasrani berkembang disana dan di jazirah Arab juga. Bukan menjadi alasan, kekurangan bahan untuk dijadikan titik rujukan menjadikan Al Quran sebagai rujukan utama.

Inilah prinsip generasi sahabat yang pertama. Mengambil rujukan hanya dari Al Quran dan Hadis Nabi SAW. Dalam semua hal kehidupan, termasuk metod dalam berfikir, menjalani kehidupan dan segala isinya. Hal ini telah pun disengajakan Maha Perancang.



Suatu hari Rasulullah SAW melihat Umar Al Faruq RA memegang selembar buku taurat, lalu baginda berkata "Demi Allah, seandainya Nabi Musa AS hidup di kalangan kamu sekarang ini, nescaya ia mesti mengikuti ajaranku" (Al Hafiz Abu ya'al, daeri Hammad, dari Al Sya'bi, dari jabir)

Demikianlah bagaimana Rasulullah SAW membataskan dan mengehadkan sumber rujukan bagi umatnya. Iaitu hanya Al Quran dan Hadis Nabi SAW.

Rasulullah SAW ingin mencipta dan membina suatu generasi yang suci jiwanya, bersih otaknya, bersih konsepsinya, bersih pemikirannya, bersih kejadiannnya dari setiap pengaruh yang lain.

Realiti sekarang, ramai umat Islam mengambil cara pikir dari pelbagai aliran falsafah greek, teologi kristian dan saki baki tamadun lain. Sebab ini kita lemah!

2. Cara pengambilan Al Quran/ Cara berinteraksi dengan Al Quran

Generasi pertama berinteraksi dengan Al Quran bukan untuk menambah pengetahuan atau memperluas pandangan semata mata. Bukan juga untuk menghayati kecantikan sasteranya. Bukan juga untuk menambah perbendaharaan ilmu dalam masalah fiqh. Sehingga otak menjadi tepu. Walaupun semua itu  ada dalam Al Quran.

Para Sahabat menerima dan berinteraksi dengan Al Quran umpama seorang askar di medan perang yang bersiap sedia untuk menerima apa apa arahan dari pihak atasnya.

Ya! Ini prinsip kedua. Iaitu menerima dan berinteraksi dengan Al Quran sebagai suatu perintah yang mesti dilaksanakan. Perintah dan arahan! Mereka menerima sesuatu ayat Quran hanya untuk di amalkan dan dihayati dalam perjalanan dakwah dan hidupnya.

"Dan Al Quran itu telah Kami turunkan dengan berangsur-angsur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bagian demi bagian." [Al Isra: 106]

Kaedah "menerima untuk dilaksanakan" telah melahirkan generasi yang hebat, generasi para sahabat. Bandingkan dengan kaedah "menerima untuk dipelajari dan dinikmati"

Hari ini Al Quran di jadikan hiasan di almari sehingga ia penuh habuk. Al Quran dipertandingkan siapa yang paling merdu bacaannya. Al Quran menjadi hantaran kahwin. Al Quran hanya di Masjid.


3. Metod selepas menerima Al Quran sebagai arahan

Para Sahabat yang diredhai Allah, apabila mereka menerima Islam sebagai cara hidup. Mereka dengan sepenuhnya meninggalkan cara hidup jahiliahnya. Ingatkah anda peristiwa pengharaman arak secara total. Habis semua belanga yang ada arak dipecahkan tanpa ada kompromi.

Bagimana para sahabat meninggalkan segala bentuk jahiliah yang pernah mereka amalkan sebelum Islam dengan meninggalkannya tanpa syak, ragu dan was was. Merek tidak merasa lemah dengan meninggalkan amalan jahiliah mereka.



Di ibaratkan seperti membuka lembaran baru sebuah buku. Membukanya tanpa rasa ragu.
Inilah prinsip ketiga, memisahkan diri dari jahiliah secara total.

Kita pada hari ini, ragu ragu nak menderma ke Masjid. Ish3.

Perantau simpulkan, ada tiga prinsip yang menjadikan Para Sahabat begitu unik dan hebat.

1. Sumber rujukan hanyalah Al Quran dan AS Sunnah

2. Menerima Al Quran sebagai perintah yang mesti dilaksanakan

3. Meninggalkan segala amalan jahiliah/tidak berasaskan Islam

Sampai disini sahaja nukilan perantau kali ini. Moga bermanfaat. Yakinlah Al Quran itu petunjuk sepanjang jalan. InsyaAllah akan ada sambungan untuk entry ini.


Assalamualaikum.....

Tuesday, 5 November 2013

Manhaj untuk manusia

Assalamualaikum kepada para pembaca blog perantau sekalian. Semoga pembaca mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT sentiasa. Lama sudah perantau tidak mengupdate apa apa isu dalam blog ini. Menyepi sebentar dari dunia penulisan. Sibuk dengan pelbagai urusan. Alhamdulillah, sekarang ada kekuatan untuk menulis semula.

Agak serius dan berat sedikit yang perantau ingin bincangkan kali ini.

Manhaj untuk manusia.

Wujud suatu prinsip atau dasar yang amat penting dan perlu di fahami oleh setiap insan, terutama umat Islam. Dasar ini amat mudah untuk di fahami dan dimengertikan. Walaubagaimanapun, dasar ini sering diabaikan oleh umat ini. Mungkin kerana malas, dengki atau amarah. Konsikuensi dari pada tidak memahami dasar yang penting ini akan mengakibatkan timbulnya suatu salah faham dalam memahami dasar agama ini.

Dengan menganggap agama ini turunnya dari Allah SWT, sesetengah manusia bahkan sebahagian besar manusia mengharapkan agar agama ini berfungsi dengan cara yang luar biasa dan ajaib. Mereka mahu ini terjadi tanpa mengambil kira tabiat semula jadi manusia, kemampuan semulajadi manusia, realiti hidup manusia dan tanpa mengaitkan segala elemen ini dengan perkembangan dan persekitaran manusia.

gambar hiasan



Dan apabila mereka melihat agama ini tidak berfungsi menurut apa yang mereka harapkan mereka mula kecewa. Bahkan menolak untuk menyahut seruan agama ini apatahlagi untuk turut serta bersama agama ini. Kekecewaan ini adalah hasil dari salah faham tadi. Dan atas sebab tidak mahu memahami dasar ini. Apakah dasar yang perantau cakap ini?

Dasar tersebut ialah.....

Agama ini adalah suatu panduan atau manual yang Allah gariskan untuk kehidupan manusia. Agama ini terlaksana dalam kehidupan manusia melalui:

1. usaha manusia itu sendiri

2. menuruti kemampuan manusia

3. sesuai dengan realiti kehidupan manusia

Agama ini akan bermula daripada titik di mana manusia menerima tugas tugas mereka seterusnya memimpin mereka menuju penghujung jalan DENGAN mengunakan segala kemampuan semula jadi manusia dan sejauh mana usaha mereka.

Keistimewaan agama ini akan tetap wujud pada bila bila masa walau dimana jua, DAN ia tidak akan sama sekali mengabaikan fitrah manusia dan had had kemampuan manusia. Agama ini pernah mencapai suatu tahap yang tidak pernah di capai oleh mana mana manhaj ciptaan manusia seperti mana yang berlaku dalam sejarah ketamadunan manusia. Dan tidak mustahil, ia boleh berulang jika ia diusahakan dengan BERSUNGGUH SUNGGUH!


gambar hiasan

Agama ini tidak terlaksana dengan hanya mengunakan kalimah ilahi "jadilah". Ia tidak akan terlaksana dengan penyampaian atau tazkirah semata mata. Ia juga tidak akan terlaksana sebagaimana Allah memerintah cakarawala ini melaksanakan perintahNya.

Hanya Allah sahaja mengetahui kenapa agama ini harus dilaksana dengan mengambil kira kemampuan fitrah manusia, keupayaan manusia. Dan Allah mahukan hidayah ini diperoleh melalui usaha dan kehendak manusia itu sendiri. Firman Allah:

"Dan orang-orang yang berjihad(berusaha) untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." [Al Ankabut: 69]

Allah mahukan supaya manhaj ilahi yang dikurniakan kepada manusia terlaksana melalui usaha dan menuruti kemampuan manusia itu sendiri. Firman Allah:

'...Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..." [Ar-Ra'd: 11]

Allah juga mahukan agar manusia menyedari hal ini, mahukan supaya fitrah manusia ini sentiasa berfungsi, tidak di sisihkan dan tidak diabaikan. Firman Allah:

"Dan jiwa dan Yang menyempurnakan (kejadiannya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa (jalan) kejahatan dan ketakwaan. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang membersihkan jiwa. Dan sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengotorkannya." [As- Syams: 7-10]

Manhaj ini hanya dapat dipikul oleh segolongan manusia yang benar benar mengimani kebenaran manhaj ini. Mereka beristiqomah dengan manhaj ini menuruti kemampuan mereka. Mereka menerapkan ini di dalam hati dan jiwa mereka. Mereka menundukkan hawa nafsu mereka. Mereka melawan kelemahan diri mereka. Mereka menentang sesiapa sahaja yang menuruti hawa nafsu dan sesiapa yang menghalang usaha ini. Dengan segala kemampuan yang ada mereka berusaha semaksima mungkin.

Ini adalah tabiat dan pendekatan agama ini. Ini adalah panduan dan cara kerja agama ini. Inilah hakikat yang ingin diajarkan oleh Allah kepada umat Islam ketika ini

Persoalan muncul...

Bukankah agama ini datangnya daripada Allah? Bukankah Allah menguasai segala-galanya? Jadi mengapa agama ini hanya berfungsi menurut had kemampuan manusia? Mengapa fungsi agama ini dipengaruhi oleh kelemahan manusia? Mengapa pula agama ini memerlukan usaha manusia? Selain itu, kenapa agama ini tidak selamanya menang? Mengapa para pendokong agama ini tidak selamanya menang? Mengapa kelemahan manusia, keinginan syahwat dan realiti hidup seringkali menghalang kegemilangan agama ini? Mengapa kadang kala pendokong kesesatan berjaya mengalahkan pendokong agama ini sedangkan mereka ini adalah pendokong kebenaran?

Persoalan ini muncul akibat tidak memahami dasar agama ini. Dasar yang amat mudah untuk di fahami.

Dasar inilah yang amat penting untuk difahami oleh kita selaku pendokong agama yang benar ini. Memahami bahawa agama ini tidak akan terlaksana melainkan dengan adanya usaha dan kemampuan kita sendiri.

Contohnya, Allah memerintahkan kita untuk solat. Adakah boleh kita solat jika kita hanya duduk diam dan tidak bergerak? Tidak bergerak kebilik air untuk berwudhuk? Solat itu mesti dilaksanakan berdasarkan usaha dan dalam kemampuan kita. Selari dengan fitrah kemanusiaan.




Begitu juga agama dan manhaj ini. Ia perlu dilaksanakan melalui usaha dan kemampuan manusia itu.


Dipetik dan diolah dari sebuah buku berjudul "Inilah Agama" karangan Sayyid Qutb.



Akhir kalam, perantau menyeru kepada pembaca untuk menjadi orang yang sentiasa berusaha. Dalam apa jua urusan, terutama dalam urusan agama dan akhirat. Sedangkan kita disuruh bekerja untuk mencari makan, apatahlagi dalam mendapat hidayah Allah. Jadilah orang yang sentiasa bekerja, dan berusaha keras. Sememangnya berusaha ini dituntut di dalam Islam. InsyaAllah akan ada sambungan untuk entry ini di waktu yang lain.


Assalamualaikum....

Friday, 9 August 2013

Makna Illah

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian. Semoga dirahmati Allah selalu. Lama sudah perantau tidak menukilkan sesuatu didalam blog perantau ini. Sekarang ini pun sudah penghujung ramadan. Semoga kita semua berjaya menjalani ibadah puasa.

La illaha illallah

Kali ini perantau ingin menyentuh mengenai suatu kalimat suci, agung dan kalimat yang paling banyak memberikan kesan kepada ketamadunan manusia sejagat. Suatu kalimat yang amat hebat jika ditelurusi dengan mendalam. Suatu kalimat yang berjaya merubah kehidupan umat manusia beribu ribu tahun lamanya. Kalimat yang menyentuh dan menembusi jiwa dan jasad manusia.

Atau dalam bahasa mudah kalimah tauhid La illa ha illallah

Perantau tidak bercadang untuk membahaskan kesemua perkataan dalam kalimah tauhid itu. Perantau hanya ingin menyentuh mengenai perkataan "illah".

Kebiasaanya perkataan "illah" ini diterjemahkan kedalam bahasa melayu sebagai TUHAN, atau pun God dalam bahasa inggeris. Jadi maksud kalimah tauhid itu membawa erti, TIADA TUHAN SELAIN ALLAH.

Mari kita membahaskan perkataan "illah" ini melebihi skop yang biasa kita guna pakai(TUHAN)

Kenapa kalimah illah yang digunakan? Kenapa bukan rab? sedangkan rab juga membawa erti yang sama yakni TUHAN? Kenapa?

Jadi sudah semestinya perkataan "illah" ini begitu istimewa sehinggakan ia menjadi sebahagian dari kalimah tauhid yang agung itu.

Illah, selain dari ertinya TUHAN juga membawa erti sesembahan/perkara yang disembah/sesuatu yang disembah

Jika ingin diperbahaskan maksud illah dari segi linguistik, memang akan membazirkan masa. Dan perantau tidak bercadangan untuk membawa pembaca kepada perbahasan yang membazirkan masa.
Jadi, apa yang ada di sebalik perkataan illah ini? Apa kah kandungan illah itu?

Apabila kita memahami kandungan sesuatu perkara, sudah semestinya kita akan lebih menghayati kalimah ini. InsyaAllah.

Empat kesimpulan yang dapat Perantau kongsi mengenai kandungan perkataan illah

YANG PERTAMA

Merasa tenang terhadap sesuatu

" Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami, "(Surah Yunus:7)

Seperti yang dinyatakan dalam ayat Quran diatas, illah mengandungi maksud merasakan tenang terhadap sesuatu. Adakah ada perkara yang boleh membuatkan manusia itu merasa tenang?

Suatu contoh yang perantau ingin bawakan ialah, duit. Berapa ramai manusia yang merasakan tenang apabila melihat duit, atau merasa tenang apabila memikirkan tentang duit. Tidak dinafikan, manusia pada hari ini bekerja bertungkus lumus, membuat apa sahaja untuk mendapatkan duit yang banyak. Sama sahaja, di timur dibarat apatah lagi. Pada mereka, duit mampu memberikan ketenangan dan kepuasan sebagai mana yang dinyatakan dalam ayat Quran diatas. Bagaimana manusia merasa tenteram dengan kehidupan dunia.
Ada banyak lagi contoh yang boleh perantau huraikan, namun, ia akan membazirkan masa. Antara contohnya ialah harta, wanita, pangkat, darjat, kedudukan.

berapa ramai yang merasa tenang dengan pangkatnya? Sedangkan Nabi SAW sendiri yang dikurniakan pangkat Nabi pun merasa gelisah dek kerana amanah yang dipikul baginda amat besar.

Kita lihat pula contoh pada ayat ini;

"Dan Kami seberangkan Bani Israil ke seberang lautan itu, maka setelah mereka sampai kepada suatu kaum yang tetap menyembah berhala mereka, Bani lsrail berkata: "Hai Musa. buatlah untuk kami sebuah tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan (berhala)." Musa menjawab: "Sesungguh-nya kamu ini adalah kaum yang tidak mengetahui (sifat-sifat Tuhan)."
(Al Araf:138)

Bagaimana kisah kaum Nabi Musa as yang sudah diselamatkan Allah dari bencana Firaun, mereka tetap menginginkan berhala untuk disembah selain dari Allah. Kenapa? Mereka merasa tenang menyembah berhala itu. Alangkah zalimnya mereka pada diri sendiri.

Hari ini berhala berhala bukan lagi dalam bentuk patung, tetapi bentuk duit, pangkat, derajat, kemasyhuran.
Bagaimana ketenangan orang beriman?

Orang beriman pula hanya akan tenang/tenteram apabila dia mengingati Penciptanya. Sebagaimana firman Allah SWT:

 (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (Ar-Rad: 28)

Apa kata kita muhasabah sebentar diri kita. Apakah kita merasa tenang terhadap sesuatu yang lain selain dari Allah? Hati hati, mungkin perkara itu yang kita sembah. Bahkan sampai kepada men"tuhan"kan perkara itu.

Realiti umat pada hari ini, ramai yang menyembah duit, kemewahan dunia...bahkan wanita...

Carilah ketenangan dalam apa yang kamu sembah...yakni Allah...

YANG KEDUA

Merasa selamat/berlindung/ditolong dengan sesuatu

"Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan."
 (Al Jin: 6)

Bagaimanakah yang dikatakan merasakan selamat dengan sesuatu? Sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat di atas, ada di antara orang-orang Arab bila mereka melintasi tempat yang sunyi, maka mereka minta perlindungan kepada jin yang mereka anggap kuasa di tempat itu. Mari kita melihat kepada skop yang lebih luas dari jin. Skop yang menjadi realiti umat pada hari ini. Contoh yang sama seperti yang pertama tadi, yakni duit.

Ada manusia, yang merasakan dengan adanya duit yang banyak, adanya duit yang bertimbun timbun mampu memberikan perlindungan kepadanya. Di anggapnya duit itu mampu memberikan keselamatan. Di anggapanya duit itu mampu memberi keselamatan. Dianggapnya duit itulah pelindungnya selain dari Allah.

Mereka mengambil sembahan-sembahan selain Allah, agar mereka mendapat pertolongan. (Yasin:74)

Inilah arti perkataan illah yang kedua.

Ada pula orang yang beranggapan bahawa pangkat yang tinggi mampu memberikan keselamatan  dan perlindungan kepadanya. Ada yang beranggapan bahawa rumah yang besar dilengkapi dengan CCTV, pengawal keselamatan mampu memberikan keselamatan dan perlindungan kepadanya. Ini semua adalah anggapan yang jahil! Anggapan yang tidak mendasarkan hak ALLAH.

Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (Al Baqarah: 257)

Allah lah pelindung sebenar orang beriman.

Muhasabah diri kita. Apa kita benar benar merasakan Allah sebagai pelindung kita atau sesuatu yang lain. Jika kita merasa terlindung/selamat dari sesuatu selain Allah, ditakuti, perkara itu menjadi TUHAN kita. Nauzubbillah.

YANG KETIGA

Selalu merindukan sesuatu.

Mereka menjawab: "Kami menyembah berhala-berhala dan kami senantiasa tekun menyembahnya." (Asy Syuara:71)

Merindukan sesuatu dan tekun dalam merinduinya juga merupakan salah satu kandungan perkataan illah.
KIta mengambil contoh yang sama yakni duit.

Apabila kita selalu memikirkan tentang duit, dan sentiada berusaha bersungguh sungguh mendapatkannya melalui apa jua cara, maka ini juga dikatakan suatu penyembahan kepada selain dari Allah.

Berapa ramai orang yang selalu mengidamkan duit yang banyak? Mengimpikan untuk memiliki rumah yang mewah? Mengimpikan untuk memiliki segenap kemewahan dunia?

Hati hati pembaca sekalian,...mungkin itulah yang kita sembah. DUIT!

Keluar dari skop duit. Kita lihat pula contoh wanita. Merindui seorang wanita dan berusaha memenuhi kehendaknya. Bukankah ini bentuk penyembahan? Sedangkan kehendak Allah yang lebih utama untuk dipenuhi.

Inilah kandungan illah yang ketiga. Sentiasa merasa rindu dan berusaha memenuhi tuntutan perkara yang dirinduinya.

Sesembahan yang kita tidak sedar. MENSYIRIKKAN ALLAH!

YANG KEEMPAT

Kandungan yang terakhir barang kali ialah mencintai dan cenderung kepada yang dicintainya.

"Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal)." (Al Baqarah:165)

Sebagai mana yang dinyatakan dalam ayat suci Quran diatas, nyatalah bahawa ada manusia yang mengambil sesuatu untuk dicintai selain dari Allah.

Jika pada zaman Rasulullah SAW, perkara yang di cintai masyarakat jahililiah adalah patung patung berhala.....maka pada hari ini patung patung itu diubah menjadi duit, pangkat, wanita, harta, kekayaan, kemasyhuran.

Persoalan cinta, tidak perlu dihuraikan panjang, kerana pada hemat perantau, ramai yang memahami cinta itu.

Sebagai kesimpulannya perantau ingin mengariskan semua kandungan kandungan perkataan illah;

1. Merasa tenang terhadap sesuatu

2. Merasa dilindungi oleh sesuatu

3. Merindui dan berusaha memenuhi tuntutan yang dirindui

4. Mencintai sesuatu

Orang yang beriman hanya akan merasa tenang apabila dia teringat kepada Allah, merasa dilindungi oleh Allah, sentiasa merindui dan berusaha memenuhi kehendak Allah dan mencintai Allah.

sedangkan orang yang belum beriman/munafiq/kafir pula merasa tenang terhadap sesuatu selain dari Allah, merasa terlindung oleh sesuatu selain Allah, merindui dan memenuhi tuntutan sesuatu selain Allah dan mencintai sesuatu selain Allah.

Apabila kita memahami manifestasi dan kandungan disebalik perkataan illah itu tadi, maka kita akan lebih menghayati kalimah Tauhid yang suci dan agung itu.

TIADA SESEMBAHAN YANG LAYAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH

Inilah manifestasi cinta yang amat tinggi. Hanya meletakan Allah sebagai maksud/matlamat kehidupannya.
Dengan pengertian 4 kandungan perkataan illah itu, boleh lah dikatakan bahawa, kalimah tauhid itu ialah suatu revolusi kepada perhambaan sesama makhluk, pengtuhanan kepada makhluk, penafian kepada segala bentuk pengabdian selain kepada Allah sahaja.

Inilah tauhid yang murni.

Wallahua'alam

sekian, sampai disini sahaja entry kali ini.


Assalamualaikum..selamat beramal

Sunday, 2 June 2013

Hidup dalam kehidupan


Assalamualaikum kepada para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga Allah melimpahi para pembaca dengan limpahan kurnia, rezeki, kesihatan, ketenangan dan berbagai nikmat Allah. Allah Maha Kaya kan...


"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula)". [Az-Zumar :30]

Kita memang tidak dapat menjangka bila kita akan mati. Bila bila masa sahaja kita akan mati. Mati datang tanpa di duga, tanpa perlu amaran awal. Dan mati tidak pernah lambat walau sesaat atau cepat walau sesaat.

"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." [Ali Imran : 145]

Perantau tidak bermaksud dalam entry kali ini untuk menceritakan berkenaan kematian.

Perantau lebih berminat untuk menceritakan perihal orang yang mati dalam kehidupan. Macam mana tu?

Balik kampung nanti...cuba tengok golongan golongan tua. Orang orang yang di usia emas. Kebanyakkan mereka menghabiskan masa dengan termemung dan bersendirian. Betul ke?

Mereka termenung mengenangkan masa muda mereka. Teringat kisah yang mengembirakan mereka di waktu mereka muda. Orang yang sebegini, bolehlah dikatakan sebagai orang mati dalam kehidupan. Hidup dia hanya berkisar, bangun pagi, makan solat tidur. Dan berulang ulang.

Perantau yakin yang membaca entry ini terdiri dari orang yang masih muda. Ok....kita tanya diri kita masing masing, apa yang kita buat selama ini?

Kita gunakan masa muda kita ini untuk apa?

Kenapa perantau tanya soalan ini...?

kerana, apa yang kita buat sekarang ini akan memberi natijah kepada masa tua kita(kalau Allah izin).

Apa yang kita perjuangkan masa muda akan memberi kesan kepada masa tua kita...ini yang kita kene faham betul betul...

kalau masa muda kita berhempas pulas untuk menjadi jurutera, maka jurutera pun pencen. Bila dah pencen, apa lagi yang anda nak buat? hidup anda akan kosong...

kalau masa muda anda berhempas pulas untuk berlakon, maka suatu hari nanti anda tidak akan dipandang oleh pengarah pengarah filem dsb.

Kalau masa muda anda berhempas pulas untuk menjadi pemain bola, maka suatu hari nanti lutut anda akan longgar.

pendek kata, kebanyakkan perkara yang kita kejar, sebenarnya memiliki tarikh luput. Yakni luput sebelum zaman tua kita. Dan kebanyakkan perkara itu ialah perkara duniawi.

Adakah anda ingin kehidupan anda mati sebelum masanya?
kalau anda nak...uuuuuuuhhhhhhhh....bosannnya hidup anda...

So, apa perkara yang tidak ada tarikh luput melainkan kematian?

Setelah Kerajaan Islam Madina, adakah perjuangan Rasulullah SAW terhenti disana? tidak

Setelah Umar Al Khattab membebaskan Al Quds, adakah perjuangannya berhenti di setakat itu? tidak

Setelah Dr Morsi menjadi Presiden Mesir, adakah perjuangannnya berhenti setakat itu? tidak

Jadi, apa yang mereka perjuangkan?

Perjuangan yang tidak mengenal erti luput ialah

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung." [Ali Imran: 104]

Inilah satu satunya pekerjaan yang tidak ada tarikh luput melainkan kematian.Iaitu mengajak orang kepada Allah, mencegah dari yang mungkar.Dalam kata mudah, berdakwah kepada Allah semata mata.

"Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia[430]. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir". [Al Maidah: 67]

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." [Al Nahl: 125]

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?.” [Fussilat: 33]

"Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." [An Nahl:97]

Ssesungguhnya berdakwah itu ialah;
  • ·       Nikmat Allah yang terbesar
  • ·       Sebaik-baik amal
  • ·       Tugas pokok Rasul
  • ·       Kehidupan yang diridhai Allah


Berdakwah ini adalah legasi para anbiya dari Nabi Adam AS sampailah kepada kekasih kita Rasulullah SAW

"Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui."[Saba:28]

Perantau ingin berkongsikan figur figur yang kini sudah di usia tua dan ada yang sudah meninggal tetap dia hidup dalam kehidupannya kerana dakwah...





Hasan Al Banna


Yusuf Al Qaradhawi

Dr Rantisi

Al Buti

Al Mawdudi

Ahmad Yasin
Nik Aziz Nik Mat


Yusuf Islam

Ahmad Deedat
Sayyid Qutb

Fathi Yakan

Mustafa Masyhur

Ustaz Dahlan 
                 

Benarlah firman Allah;

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."  [At Taubah:111]

" Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezki." [Ali Imran: 169]

Walaupun usia mereka kini sudah senja, tetapi kehidupan mereka tidak kosong, bahkan hidup, hidup dengan berjuang mengajak manusia kepada Allah. Dan ada mereka telah pun pergi. Ada antara mereka syahid dalam perjuangan ini.
Semoga Allah merahmati semua pendakwah kepada Allah diseluruh muka bumi ini.

Inilah satu satunya, pekerjaan yang tidak ada tarikh luput. Tidak ada penghujung melainkan mati.

Anda boleh memilih untuk menjadi apa sahaja. Tetapi jadikanlah dakwah sebagai profession anda yang utama. Nescaya anda akan

"HIDUP DI DALAM KEHIDUPAN"

Perjuangan dalam menegakkan kalimah suci

"tiada sesembahan yang layak di sembah melainkan Allah"

Perjuangan dalam meninggikan kalimah ini tiada terhenti, meskipun Daulah Islam telah tertegak. Perjuangan ini akan terus berjalan dan berlangsung sampai kepada Hari kiamat. Perjuangan yang sedikit orang memahami tabiatnya. Perjuangan yang sedikit orang menghayatinya sepanjang hidup. Perjuangan mendapatkan keredhaan Allah.

Demi Allah...tidak ada pekerjaan yang lebih mulia melainkan menyeru manusia kepada Allah. Mana tidaknya ini adalah pekerjaan para anbiya.

"Umur orang yang berjuang amat panjang, meskipun ia telah mati, ia tetap hidup selagi mana perjuangan itu berlangsung."

Setakat ini sahaja perantau ingin kongsikan.

Wallahu'alam


Assalamualaikum....