Thursday, 7 March 2013

Umur ku bertambah??


Assalamualaikum....salam sejahtera buat para pembaca yang perantau kasihi sekalian


Sebelum menuju ke tajuk nukilan kali ini, perantau menyerulah kepada pembaca untuk berdoa kepada saudara kita di Palestin, Syria, Mesir  dan seluruh dunia, doakan juga kepada mereka yang mati mempertahankan Islam dengan darah mereka supaya Allah memberikan mereka Syahid. Tidak juga, doakan kepada perajurit negara dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia tercinta.

Umurku bertambah.....??

setiap kali kita menyambut hari jadi, apa yang kita rasa?

yup,....."tua dah aku ni"

kita secara fitrahnya akan merasa semakin tua, dan dalam faham matematik, umur kita dikira bertambah.

Saudara/i ku.....jika anda merasa umur anda makin bertambah...anda telah silap dalam membuat penilaian berkenaan umur...

Kata ustaz perantau......manusia itu ada dua umur...

ADA DUA UMUR, semua dari kita, sama ada beriman atau tidak, ada dua umur.

UMUR PERTAMA

Umur yang pertama ialah umur semasa hidup.

Secara puratanya umat Muhammad SAW hidup selama lebih kurang 60 tahun.

Sekarang ini, berapa umur anda?

Andai kata hayat anda hanyalah 60 tahun.

Berapa tahun lagi masa anda tinggal di dunia ini???

soalan perantau, adakah anda merasa umur anda bertambah??

UMUR ANDA SEMAKIN BERKURANGAN

MASA ANDA DI DUNIA INI SEMAKIN BERKURANG SETIAP SAAT

HAYAT ANDA SEMAKIN PENDEK.

mungkin dari sekarang anda hanya tinggal 15 tahun lagi untuk hidup

UMUR KEDUA

Umur kedua pula umur selepas mati.

Siapa yang kira umur ini pula?

Mestilah orang hidup.

Jadi umur kedua ini ialah umur di kenang orang

Berapa lama selepas kematian anda orang masih kenal anda?

Dalam kes ada dua perkara.

Iaitu, orang mengenang anda kerana kebaikkan anda

dan, orang mengenang anda kerana kejahatan anda

mana satu anda hendakkan?

Perantau ambil contoh Saidina Umar Al Faruq

Beliau masuk Islam pada usia 33 tahun,

dan beliau wafat pada usia 63 tahun.

Berapa tahun masa beliau dalam Islam?

30 tahun.

30 tahun ni tak lama tuan tuan. pendek jer.

tapi dalam 30 tahun itu, apakah sumbangan Saidina Umar Al Khatab kepada agama ini?

Maha Suci Allah

tidak ada orang yang boleh menandingi sumbangan beliau pada agama ini.

Pada zaman beliau Islam tersebar jauh dimuka bumi ini

Namun Allah hanya mentakdirkan beliau berkhidmat untuk Islam selama 30 tahun sahaja

inilah dinamakan umur di dunia, ia berkurangan setiap saat.

Sekarang tahun berapa?

2013

Lebih kurang 1400 tahun selepas kewafatan Umar Al Faruq

wow....sekarang ini kita sedang membaca mengenai beliau...amazing

Nama beliau dikenang sepanjang zaman

Inilah yang dinamakan umur yang orang kenang

Umar Al Khatab hidup lebih dari 1000 tahun

"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan  mereka tidak merobah (janjinya)" (surah Al Ahzab ayat 23)


konklusinya

1. Umur kita tidak pernah bertambah, bahkan sentiasa berkurang. Jadi jangan terlalu gembiralah menyambut ulang tahun hari jadi, ia sepatunyna menjadi HARI SETAHUN HIDUP KU BERKURANG. Hari jadi ni orientalis barat jer...nak melengahkan umat Islam dari mengingati akan kematiannya

2. Apakah sumbangan anda untuk Islam? berapa lama anda Islam? berapa umur anda? 30 tahun? dalam 30 tahun itu, berapa banyakkah yang anda sumbangkan untuk agama anda?

3. Orang yang paling cerdik itu ialah orang uyang sentiasa mengingati hari yang dia akan mati nanti

“Dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh” (Surah An nisa : 78).

Berkata Ibnu Omar r.a: Pada suatu hari aku datang berjumpa Rasulullah s.a.w yang sedang berada di tengah kalangan sahabat yang terkemuka. Lalu berdirilah seorang sahabat daripada Ansar bertanya Rasulullah dengan berkata:

"Ya Rasulullah! Siapakah yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas akalnya?"

Rasulullah menjawab: "Yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak bekal menghadapi mati. Merekalah yang paling pintar dan yang paling cerdas kerana mereka mendapat kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat."

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: "Perbanyaklah mengingati mati." (Hadis Riwayat: At Thabrani)

4. Orang yang sentiasa mengingati mati bukan orang yang mundur, tengok sirah para sahabat, Saidina Umar Al Khatab, beliau banyak mengingati mati, adakah beliau hanya duduk du Masjid sahaja? tidak...beliau memenuhi janjiNya pada tuhannya dengan melebarkan Islam sejauh timur dan barat.

5. Mati itulah sebenar benar rehat umtuk orang yang bertaqwa.

6. Janganlah lalai dengan kehidupan dunia,

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (Surah Al Hadid ayat 20)

7. Bebanilah bahu anda dengan kewajiban sebenar seorang Muslim, iaitu berdakwah dijalan Allah

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"( Surah Al Fussilat ayat 33)

“Demi masa.  Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran”.( Surah Al-Asr: 1-3)

Sampai disini sahaja kowt perantau menulis untuk kali ini....

Sebarang kesilapan dalam hadis dan ayat Quran, mohon perbetulkan


Salam ukhuwah


sekian,

Assalamualaikum


No comments:

Post a Comment