Assalamualaikum, sedikit catatan untuk para pemuda pemudi Islam
Wahai Pemuda
Satu catatan oleh : al-Syaheed Hassan Al-Banna
Sesungguhnya
sesuatu fikrah(ajaran) itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut
yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk
mempertahankan
kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang
mendorong mereka kearah
berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut;
keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri
utama pemuda.
Kesimpulan
ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah
sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar
mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi
tabah.
Itulah
sebabnya maka angkatan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang
pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-mana kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang
panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.
Allah berfirman;
إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan
Tuhan
mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)
Dengan
kesimpulan inilah maka kamu, angkatan pemuda akan menghadapi kewajipan yang bertambah
banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian
berlipatganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas
bahu kamu itu akan
menjadi bertambahberat.
Oleh
itu sepatutnya kamu berfikir panjang, bekerja keras, bahkan mestilah kamu menentukan sikap untuk tampil ke hadapan
demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak
umat dengan sempurna.
Ada
pemuda yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya tenang lenang
kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun
lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan
umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak
berfikir apa-apa.
Di
samping itu ada pula pemuda yang lahir membesar di tengah tengah umat yang terpaksa
berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; oleh itu umat
tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang
dirampas, harta kekayaan yang disamun. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang.
Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi pemuda tersebut supaya
menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah
dirinya sendiri.
Ketika
bertindak sedemikian itu, pemuda tersebut akan memperolehi kemenangan dan
pelbagai kebaikan serta mencapai ganjaran dari Allah dalam bentuk kebajikan dan
pahala di akhirat kelak.
Kita,
Angkatan Pemuda Islam ini, bertuah sebab kita termasuk ke dalam golongan yang kedua hingga
terbukalah mata kita melihat umat yang terus menerus berjuang serta bertungkus
lumus demi kebenaran dan kebebasan. Oleh itu, bersedialah wahai
angkatan kesatria,
alangkah hampirnya kemenangan itu untuk orang-orang yang beriman, dan alangkah
besarnya kejayaan yang akan dicapai oleh angkatan yang terus menerus bekerja dan bertindak
Catatan ini termaktub dalam risalah risalah Hasan Al Banna
Sahabat sahabat, saudara saudara, saudari saudari,
Pemuda dan pemudi merupakan asas kepada kebangkitan umat, tetapi bagaimana bisa Islam itu bangkit jika pemuda pemudinya lalai dibelai keenakkan dunia. Lalai dengan kemanisan dunia.
Pemuda pemudi yang beruntung ialah yang menyedari hakikat dirinya lalu melakukan tindakan ke arah perubahan. Untuk kepentingan agama ini.
Bangunlah wahai sahabat sekalian, jangan lalai, musuh mengelilingimu ibarat orang mengelilingi talam untuk makan.
Bangun wahai pemuda pemudi!
teringat suatu ungkapan, "jika ingin melihat masa depan sesebuah negara lihatlah pemuda pemudinya"
Semoga kita merenungi, bermuhasabah diri,
apakah yang kita isi dengan masa muda....?
Allah akan tanya nanti.
Semoga diakhirat, kita termasuk orang yang di beri naungan Allah....
Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment