Assalamualaikum
kepada para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga para pembaca dirahmati Allah
selalu. Sebelum meneruskan, eloklah kita menghadiahkan al Fatihah kepada mak
ayah kita(bagi yang sudah pergi), sedekahkan juga kepada para mujahidin yang
telah menyambut panggil dari Maha Pencipta.
Dalam kesibukan kita menguruskan hal
hal keduniaan, janganlah kita lupa akan satu kewajipan yang mesti kita
laksanakan iaitu menyeru manusia kepada Allah. Atau erti kata lain berdakwah;
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat
yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari
yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung [Ali
Imran:104.]
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan
hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.
Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat
dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat
petunjuk. [An Nahl:125]
Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah
dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu
akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang
nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. [At Taubah:105]
Saudara ku sekalian, sesungguhnya isi kandungan
Al Quran itu amat berat bagi orang yang
memahami dan berfikir. Kerana beratnya isi Al Quran itu, para sahabat sanggup
bermati matian untuk menyampaikan isinya. Ada yang sampai ke Bumi China, Syam,
Afrika. Di dalam urusan berdakwah, sudah pasti dirintangi dengan duri duri,
kaca kaca, lumpur lumpur, debu debu, pahit maung kesusahan, dan bukannya
dibentangi dengan karpet merah.
Disebabkan betapa
beratnya isi Al Quran ini, dan betapa susahnya jalan dakwah ini, Allah
memerintahkan Rasulullah SAW untuk bangun malam sebagai suatu sumber kekuatan
dan bekalan di sepanjang jalan dakwah;
"Hai orang yang berselimut (Muhammad),
bangunlah untuk solat di malam hari, kecuali sedikit daripadanya, iaitu
seperduanya, atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, atau lebih dari
seperdua itu. Dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami
akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu
malam adalah lebih tepat (untuk khusuk) dan bacaan di waktu itu lebih
berkesan." [al Muzzammil: 1 - 6]
Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa
yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah sambil
memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari
terbenam.Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan
sembahyang [Qaff :39 -40]
Dalam Risalah
"Al Munajat", Imam Hasan Al Banna memberi dorongan agar anggota
ikhwanul Muslimin melakukan Qiamullail. Beliau berkata;
Wahai Saudaraku, boleh jadi waktu
terbaik untuk bermunajat ialah engkau berkhalwat dengan Tuhanmu di saat orang
orang sedang tidur nyenyak dan seluruh alam menjadi hening; pada ketika malam
melabuhkan tirainya dan bintang bintang telah menghilang; engkau mengingati
Tuhanmu, mengakui kelemahanmu dan mengakui keagungan Tuhanmu. Itu semua
membuatkan kamu merasa kemersaan di hadapan-Nya, hatimu tenang dengan
mengingati-Nya, engkau merasa gembira dengan kurnia dan rahmat-Nya, menangis
kerana takut kepada-Nya menyedari pengawasan-Nya, bersungguh sungguh
beristighfar, mengadu seluruh keperluan kepada Zat yang tidak pernah lemah oleh
sesuatupun dan tidak dilekakan oleh segala sesuatu. FirmanNya;
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki
sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia. [Yasin:
82]
Bermohonlah kepada-Nya untuk kepentingan
duniamu, akhiratmu, jihadmu, dakwahmu, cita citamu, harapan harapanmu, tanah
airmu, keluargamu, dirimu sendiri dan saudara saudaramu:
........Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah
Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [Ali Imran: 126]
Kemesraan dan kenikmatan jiwa saat melakukan
Qiamulail dan munajat dapat melupakan kepenatan badan dan keletihan kaki.
Rasulullah SAW melakukan qiamulail dan memanjangkan masa berdiri sehingaa kakinya
yang mulia bengkak, namum baginda tidak merasa sakit kerana tenggelam dengan
kemesraan menghampirkan dir kepada Allah. Sebahagian orang salih berkata:
"tiada satu waktu di dunia yang
menyamai kenikmatan akhirat, kecuali waktu yang dilalui oleh ahli tahajud yang
merasakan lazatnya munajat." Marilah berusaha menikmati kelazatan tersebut!
Akhir sekali saya katakan kepadamu
wahai saudaraku, bangunlah di waktu malam sebagai seorang hamba yang fakir dan
lemah yang tertunduk tunduk di waktu malam untuk mengetuk pintu TuhanNya Yang
Maha Pemurah: ia berdiri di depan pintuNya dalam keadaan merendah diri, merasa
lemah, mengakui kelalaian dan dosa dosanya, sangat memerlukan pengampunan dan
redhaNy, serta menaruh harapan besar untuk mendapatkan rahmat, kerelaan dan
syurgaNya.
Wahai saudaraku, ketuklah pintu
Tuhanmu di kegelapan malam dengan melakukan sembahyang yang khusyuk, berberapa
sujud yang panjang, berberapa doa yang tulus, berberapa tasbih dan berberapa
titisan air mata kerana takut kepadaNya, serta yakinlah bahawa Tuhanmu akan
mengabulkan doa doamu. Janganlah kamu lupa untuk berdoa dalam suasana yang penuh
kebaikkan berada di sisiNya agar diberikan kemenangan dan kekuasaan bagi
agamaNya serta berdoalah untuk saudara saudaramu tanpa mereka sedari.
Hai jiwaku, beertasbihlah dan bersolatlah!
saat urusan urusan berat berat menyerangmu
apabila hati sudah
merasa letih
dari beban kehidupan
yang melelahkan
alirkan air mata, wahai jiwa
lalu tumpahlah ia ke dalam solat
sesungguhnya Tuhan Alam
Semesta mendengar
tangisan jiwa memohon
kasihnya
Petikan itu diambil dari karya Mustafa Masyhur
"Bekalan di sepanjang jalan dakwah"
"Siang umpama
singa dirimba, malam umpama rahib merintih sayu"
itulah perumpamaan
bagi para mujahid di jalan Allah
Perantau menyeru
kepada pembaca sekalian, pertamanya, jangan pernah lupa akan tanggungjawab kita
sebagai pendakwah itulah sunnah Rasulullah SAW yang paling besar, tunaikanlah
semampu anda! keduanya, medan perjuangan memang sukar, susah dan payah, pahit,
diwarnai dengan kedukaan dan kesakitan, oleh itu ubatilah ia dengan qiamulail
dan bekalkan diri dengannya. ketiganya, anda adalah khalifah di muka bumi ini,
mulianya darjat Allah kurniakan, maka jangan hinakan darjat itu dengan
pekerjaan yang sia sia lagi terkutuk(maksiat)
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami
akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang
sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. [Al Anbiya:35]
jika terdapat
sebarang kesilapan dari terjemahan ayat Quran, mohon perbetulkan, selebihnya
Allah sahaja yang Maha Mengetahui
sekian,
Assalamualaikum
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. [Al Anbiya:35]
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. [Al Anbiya:35]