Assalamualaikum....semoga para pembaca dirahmati Allah
selalu. Apa khabar wahai pembaca yang dikasihi? Semoga sihat selalu. Ceria dan
senantiasa mengukir senyuman. It's sunnah.... :)
Merujuk kepada tajuk, Masa itu emas? Atau erti lain, Betul
ke masa itu emas?
Masa itu emas, merupakan suatu perumpamaan yang sering diguna
pakai di nusantara. Ia untuk memberitakan betapa pentingnya masa. Emas
digambarkan sebagai sesuatuperkara yang mahal. Bila sesuatu benda itu mahal,
maka secara otomatiknya, mindset manusia akan menghargai benda itu. Tidak
kisahlah, apa benda pun, telepon mudah alih ke, komputer riba ke, kereta BMW
ke, or what so ever.
Dari sudut pandang sebegini, maka wajarlah masa itu emas.
Masa amat beharga.
Entry kali ini, perantau ingin mengajak pembaca untuk
melihat masa dari sudut yang lain. Maknanya perantau hendak membuktikan bahawa frasa
"masa itu emas" tidak boleh diguna pakai.
Hujahnya. Mari kita melihat falsafah disebalik emas. Jika
kita membeli emas bernilai RM 1000.00, dan suatu hari emas itu pun hilang.(entah
sape curi) Maka, persoalannya, adakah kita mampu membeli emas yang sama nilai
ataupun lebih dari nilai tadi? Jawapannya, jika anda orang kaya, maka anda
boleh beli berlori lori emas pun. Tidak ada masalah. Maka dari sudut ini, emas
itu diertikan, sebagai, perkara yang boleh hilang, tetapi boleh di ganti
semula.
Jika dilihat frasa "masa itu emas", maka boleh lah
dikatakan bahawa, masa yang telah hilang boleh diganti semula.
REALITINYA, HAKIKATNYA, KEBENARANNYA;
ADAKAH MASA YANG BERLALU BOLEH DIGANTI SEMULA?
ATAU DENGAN APAKAH NILAI MASA ITU OLEH DIGANTI?
SETAHUN YANG LALU, DAPATKAH ANDA MENGEMBALIKANNYA SEMULA?
maka, frasa "masa itu emas" tidak boleh diguna
pakai. Kerana ia akan membawa erti, masa yang sudah berlalu boleh diganti. Emas
ada pelbagai jenis. Ada yang celup. Jika seseorang itu menganggap bahawa masa
itu emas yakni emas celup, maka baginya tidak begitu berhargalah masa itu.
Jadi apakah frasa yang sesuai untuk menggantikan frasa
"masa itu emas"
Frasa ini bukanlah ciptaan perantau yang hina dina ini.
Frasa ini dari frasa arab.
terjemahannya berbunyi
"MASA ITU ADALAH KEHIDUPAN"
Ya....inilah frasa yang sebenar...yang patut dihayati oleh
sekalian manusia.
Hujahnya
56.
mereka tidak akan merasakan mati di dalamnya kecuali mati di dunia. Dan Allah
memelihara mereka dari azab neraka,[ 44. Ad Dukhaan]
02.
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa
kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan
beragama Islam. [3. Ali 'Imran]
57.
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu
dikembalikan [29. Al 'Ankabuut]
34.
Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu (Muhammad);
maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal? [21. Al Anbiyaa']
25.
Allah berfirman: "Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan
dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan.
[7. Al A'raaf]
Dalam ayat
ayat berikut, Allah menceritakan perihal kematian. Dan sesuatu yang di sampaikan
sama ada kita perasaan atau tidak ialah, Allah menegaskan bahawa kita hidup di
dunia ini hanyalah sekali. Dan kita akan dihidupkan semula di Hari Pembalasan.
Ya, di dunia
ini, kita hanya diberikan peluang untuk hidup, hanyalah sekali. Bila kita mati,
kita akan dihidupkan semula,TAPI bukan
di dunia ini, dihidupkan semula di Hari Pengadilan nanti.
Kembali
kepada konteks perbahasan kita. Kehidupan di dunia yang Allah ceritakan
hanyalah sekali sahaja peluangnya. Untuk beramal sehabis mungkin. Allah beri
sekali sahaja peluang untuk hidup di dunia ini.
Ya....sekarang inilah, saat
inilah.
Kata mudah,
kehidupan itu hanyalah sekali.
IA TIDAK
BOLEH DIGANTI
IA TIDAK
BOLEH DI BELI
IA TIDAK
BOLEH DIKEMBALIKAN SEMULA
begitu juga
dengan hakikat masa.
IA TIDAK
BOLEH DIGANTI
IA TIDAK
BOLEH DI BELI
IA TIDAK
BOLEH DIKEMBALIKAN SEMULA.
Maka benarlah
"MASA
ITU ADALAH KEHIDUPAN"
masa yang
berlalu, tidak mungkin dapat di ulangi semula. sama dengan kehidupan, bila dah
tiba ajal, tidak ada maknanya nak patah balik. Yang berlalu tetap berlalu.
Dalam dunia
ini. Hanya ada satu perkara ja yang Allah berikan kepada manusia yang tidak
mungkin Allah akan beri untuk kali kedua, kecuali dengan IzinNya, iaitu
kehidupan di dunia.
Cuba kita
sakit, cukuplah dengan demam, betapa kita merasa pentingnya erti sihat. Sehingga
kita betul betul menghargai erti sihat itu.
Apabila kita
mentarbiyah diri dengan "masa itu kehidupan", maka masa akan
diuruskan sebaiknya.
sebaliknya
jika masa itu emas, emas itu boleh di beli semula, ia berlanggar dengan hakikat
masa itu.
Perbahasan
agak panjang, namum perantau tetap cuba untuk memudahkannya.
Apa yang
penting disini ialah, merasa betapa, masa yang berlalu, tidak akan kembali
semula.
Dari
Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam memegang kedua pundakku lalu bersabda – Jadilah engkau hidup di dunia
seperti orang asing atau musafir.” Lalu Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu
menyatakan, Apabila engkau berada di sore hari maka janganlah menunggu hingga
pagi hari. Dan apabila engkau berada di pagi hari maka janganlah menunggu
hingga sore hari. Pergunakanlah waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu. Dan
pergunakanlah hidupmu sebelum datang kematianmu. – HR. Al- Bukhari
5.“Wahai
sekalian manusia, sesungguhnya janji Allah itu benar. Maka sekali-kali
janganlah kehidupan dunia itu memperdaya kalian dan janganlah sekali-kali
syaitan yang pandai menipu memperdayakan kamu tentang Allah.” (35Faatir)
Sebagai kesimpulannya;
1. Masa itu
ibarat kehidupan, yakni nilai nyawa lebih tinggi dari emas
2. Seorang
muslim sejati akan sentiasa menguruskan masanya dengan efisen
3. Masa yang
berlalu, tidak akan kembali
4. Masa yang
berlalu, tetap akan berlalu, yang ada hanyalah masa sekarang, sedangkan masa
depan dalam perancangan. Maka rebutlah peluang sekarang.
5. Rehat
untuk mukmin sejati hanya kematian penghalangnya
6. Jangan
jadi malas, bangkitlah dari lena
setakat ini
sahaja, perantau dapat kongsikan bersama. Moga bermanfaat.
Ini yang
terbaik perantau boleh usahakan untuk disampaikan, tetapi Allah Lebih
mengetahui, maka tegurlah setiap yang buruk.
Wallahu'alam
Assalamualaikum...