Saturday, 22 September 2012
Assalamualaikum....
Nukilan kepada muslimah dan seluruh sahabat sekalian...aurat...
Pada Tahun 837, seorang muslimah dari Bani Hasyim, yang sedang membeli dipasar di kota Ammuriah (Turki). Ketika itu dia diganggu dan diperlecehkan oleh orang Romawi, sehingga auratnya terdedah. Lalu sigadis itu menjerit “waa Mu’tashimaah!”
wahai Mu'tasim, mana kau, tolong aku..
berita ini pun dilaporkan kepada Khalifah Mu'tasim Billah.
Setelah mendapat laporan mengenai pelecehan ini, maka sang Khalifah pun menurunkan puluhan ribu pasukan untuk menyerbu kota Ammuriah (Turki)..
Puluhan Ribu bala tentera khalifah itu hantar....semata mata nak menebus maruah seorang muslimah yang di perlekehkan sehingga terdedah auratnya oleh orang Romawi(kafir)
Sebanyak 30000 prajurit Romawi terbunuh dan 30000 lainnya ditawan. Pembelaan kepada muslimah ini sekaligus dimaksudkan oleh khalifah sebagai pembebasan Ammuriah dari jajahan Romawi.
Setelah menduduki kota tersebut, khalifah memanggil sang pelapor untuk ditunjukkan dimana rumah wanita tersebut, saat berjumpa dengannya ia mengucapkan “Wahai saudariku, apakah aku telah memenuhi seruanmu atasku ?”. Dan sang budak wanita inipun dibebaskan oleh khalifah serta orang romawi yang melecehkannya dijadikan budak bagi wanita tersebut.
puluhan ribu....dihantar...
kita lihat pula realiti zaman sekarang....
wanita Islam sewenang wenangnya mendedahkan aurat...
berlandaskan alasan
"aku tunggu hidayah Allah"
"time kahwin lah aku pakai tudung"
"aku nak enjoy dulu"
"kubur masing masing beb"
"kau pehal sibuk?!"
"eleh kau, mak aku pun tak kecoh"
"tu urusan aku ngan Allah"
"kau ni bajet alim je"
"suka hati akulah, my body"
dan berberapa alasan yang entah ape ape.
alasan alasan yang tidak waras...
anda nak jawab macam ni kat depan Allah nanti???
ingat hujah kita di dunia ialah hujah kita dihadapan Allah nanti...
kita lihat senario hari ini, yang mana di negara negara luar, muslimah yang memakai pakaian yang amat sempurna menutup auratnya dilucutkan pakaiannya, bahkan ada yang dicabul, dirogol...mereka diperlakukan demikian kerana nak menegakkan hukum Allah dalam diri. Diuji sebegitu rupa.
kita disini, tidak langsung berusaha mempertahankan aurat wanita, baik lelaki mahupun wanita itu sendiri.
bahkan kita menjadi anjakan paradigma untuk generasi seterusnya untuk tidak menutup aurat dengan sempurna.
wahai saudariku serta saudara ku...mempertahankan maruah antara saudara adalah kewajiban bagi umat Islam....sama ada sekecil kecil maruah, sehingga sebesar besar maruah.
motif tulisan ini bukan untuk memberitahu kepentingan menutup aurat...itu tanggungjawab mak bapak kome sekalian...
tulisan ini adalah untuk kesedaran kita, untuk saling mempertahankan maruah sesama kita....terutama maruah muslimah...
kalau nak tegakkan Islam ditempat kita...tegakkan nya dulu dalam diri kita...Islam itu agamaa yang benar...tetapi perlakuan kita menjadikan seolah olah tidak benar..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment