Tuesday, 18 December 2012

Asas Pembentukkan masyarakat Islam


Assalamualaikum para pembaca yang di hormati sekalian. Pagi subuh dikampus ini begitu nyaman, deruan angin semasa pulang dari berjemaah di Masjid memalu muka dengan begitu nyaman dan tenang. Disebaliknya terdapat tanda tanda kebesaran Allah, bagi orang orang yang berfikir.

                Topik serius kali ini. Tuan tuan dan puan puan dan cik cik sekalian. Apakah kalian tahu apakah asas kepada pembentukkan masyarakat Islam yang unggul. Apa yang menjadi asas kepada pembentukkan masyarakat Islam yang unggul? Apa?

                Kita teliti balik sirah sirah Nabi yang kita cintai. Kita teliti balik sejarah pembentukkan kerajaan Islam Madinah. Apa yang menjadi asas kepada pembentukkan kerajaan itu? Apa kerana Nabi Muhammad menjadi asasnya? Apakah kerana Piagam Madinahnya? Apakah kerana ramainya bilang sahabat pada masa itu?

TIDAK! SAMA SEKALI TIDAK!

                Jadi apa yang menjadi asasnya??? Asas kepada pembentukkan kerajaan Islam Madinah?? haaa...tu baru kerajaan Islam Madinah, belum lagi apa asas kerajaan  kerajaan Islam selepas itu?
Jadi perantau tanya sekali lagi....apakah asas kepada pembentukkan kerajaan Islam Madinah?

                ok...ni jawapannya....kita tengok balik, lebih kurang 12-13 tahun sebelum pembentukkan kerajaan Islam Madinah, apa yang berlaku?

                Tuan tuan dan pembaca sekalian...Nabi Muhammad SAW menekankan kepentingan mengenal Allah, bahkan baginda mementingkan akidah dan tawheed para sahabat pada masa itu. Para sahabat dididik untuk melebihkan Allah dalam setiap urusan kehidupan....ya jawapannya...akidah...tauhid...

"Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." [Surah Ali Imran Ayat 18]

                Kita bincanglah lagu mana pun, buatlah forum lagu mana pun, buatlah debat lagumana pun....tauhid kepada Allah jualah jawapannya.

                Perantau tanya lagi....apakah benda yang boleh membuatkan perantau mencintai seorang India melebihi diri perantu ini? Tidak ada jawapan lain....Kalian boleh jawab, duit, harta, pangkat...TETAP jawapannya, tauhid...tauhid kepada Allah yang Esa sahajalah yang mampu melahirkan perasaan ini.

"dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman. Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana." Surah Al Anfal- Ayat 63

Bagaimana nak lahirkan Khalifah Islamiah jika masyarakatnya belum mengenal Islam sepenuhnya meskipun mereka Islam?

Bagaimana nak lahirkan masyarakat Islam jika bahagian yang membentuk masyarakat itu tidak mengenali Islam meskipun mereka Islam?

Bagaimana nak lahirkan bahagian yang membentuk masyarakat Islam jika pembentukkan keluarga tidak berasaskan tauhid yang murni kepada Allah?

Bagaimana nak membina keluarga Islam jika diri kita tidak mengenal Allah, tidak mengenal pencipta kita?

Kalau kita sendiri pun tidak meramaikan saf di masjid bahkan tidak berusaha pula,


kalau kita sendiri melihat Islam itu hanya perkara tertentu sahaja(solat, kahwin, cerai, faraid)

kalau kita sendiri tidak beramal dengan Quran dengan hadis nabi,

kalau kita tidak mecintai saudara kita melebihi diri kita sendiri,

kalau kita sendiri melihat isu Palestine, isu Syria sebelah mata

JANGAN HARAP NAK membentuk Daulah Islamiah!!(nada keras)

Empayar Islam dahulu kala, dibina berdasarkan dua kalimah tauhid itu La ilahaillallah Muhammadur Rasullullah.


                Lihat sahaja di Mesir. Ikhwanul Muslimin bila ditubuhkan? Bila pula ia memerintah Mesir? lebih kurang 80+ kemudian kan? 

Apa para pendakwah ikhwan lakukan pada masa itu? Mereka menyedarkan masyarakat mereka akan kepeentingan Islam, kepentingan Allah dan NabiNya dalam kehidupan. Apa kesannya? 


Ramai rakyat Mesir menjadi faham dan memudahkan Ikhwan untuk bergerak ke Medan pentadbiran....kita?





Akidah yang menjadi asas binaan masyarakat Islam ialah akidah: "La ilahaillallah Muhammadur Rasullullah". Erti teerbina masyarakat Islam diatas asas tersebut ialah; ia twerbina diatas penghormatan dan pemurnia terhadap akidah ini, berusaha untuk memantapkannya didalam akal dan hati manusia, mendidik tunas tunas Islam dengannya, menangkis segala kebatilan golongan pendusta serta keraguan golongan yang menyesatkan seta merealisasikan kebaikkan dan kesannya di dalam kehidupan indidvidu dan masyarakat. [ Prof Dr. Yusuf Al Qardhawi- Malamih al-Mujtama' al-Muslim Allazi Nansyuduhu]





IT START IN YOU. TAWHEED.La ilahaillallah Muhammadur Rasullullah.

Rasanya ini sahaja kowt yang dapat perantau nukilkan pagi ni...selamat menjalani urusan dunia... chill out! enjoy your day with La ilahaillallah Muhammadur Rasullullah.

Assalamualaikum.... :)

No comments:

Post a Comment