Thursday, 6 December 2012

Hakikat usia kita?


As salamualaikum kepada para pembaca sekalian
Semoga para pembaca mendapat rahmat dari Allah SWT. Maha Suci Allah yang menjadikan langit setinggi tingginya tanpa ada tongkat yang menahannya.

Perantau, merupakan seorang insan yang hidup penuh dengan perantauan. Banyak masa yang perantau gunakan untuk merantau. Dan sekarang ini perantau terkandas dalam institusi ilmu di ceruk bumi Pahang. Kadang kadang perantau terfikir, "aku hidup ni, berapa lama yaaa...?"

Purata jangka hayat umat nabi Muhammad SAW lebih kurang 60 tahun sahaja. Bahkan Nabi Muhammad SAW wafat pada umur baginda 60 tahun lebih berberapa tahun. Dan kita tahu sirah masa kewafatan insan yang kita cintai ini. Allah ambil baginda dari dunia apabila tugas baginda telah pun baginda sempurnakan.

Perantau nak kongsi sedikit mengenai jangka hayat kita. 60 tahun puratanya, terutama rakyat Malaysia.

Dalam Quran Allah ada menghikayatkan tentang berapa lama "sebenarnya" kita hidup kat dunia ini;


"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu"   [Surah Sajdah: ayat 4]


"Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu." [Surah Al Hajj: Ayat 47]

dalam ayat diatas, Allah dah kata, sehari di akhirat bersamaan seribu tahun di dunia....

lalu perantau pun nak mengira berapa lamakah hakikat kita hidup kat dunia ini jika purata umur kita 60 tahun.

 #mungkin pengiraan atau pemahaman ini salah, jika ada yang arif tolong betulkan :)


aku hidup selama 1.44 jam sahaja??? are you kidding me??


"Pada hari mereka melihat hari berbangkit itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) di waktu sore atau pagi hari" [Surah An Naziat: ayat 46]

Disisi Allah kita hidup tak lebih dari sehari pun pada hakikatnya. Sekejap jer, bahkan ulamak kata ibarat tidur diwaktu senja. Lebih kurang sejam lebih atau kurang.

Apa yang perantau nak tekankan disini ialah, kita kene sedar, hidup kita kat dunia ini singkat jer.
Bahkan teramat singkat.

Demi masa yang singkat ini, apa yang telah kita bina dalam kehidupan kita ini?

dan soalan yang paling mustahak,

apa yang kita akan bawa untuk dipersembahkan kepada Allah nanti di hari kita semua berkumpul di Padang yang amat luas nanti?

sama sama kita saling ingat memperingati...mungkin setakat ini nukilan perantau malam ini...

ilmu, faham, amal, sebar

Assalamualaikum.... :)

1 comment:

  1. Tahniah! Saudara perantau.
    Teruskan usaha saudara. Moga Allah memberkati. Moga Allah redha.

    ReplyDelete