Tuesday, 29 January 2013

wanita (1): dirimu begitu berharga

Assalamualaikum...Semoga Allah merahmati para pembaca yang perantau kasihi sekalian. Dalam entry kali ini, perantau nak menyampaikan mesej melalui gambar(dan berberapa perkataan). Bak kata orang putih "picture can tells you 1000 of stories"

Perantau nak bercerita tentang benda benda yang berharga. Mungkin bernilai berjuta juta. Bahkan diakui nilai estetika, nilai seni dan kecantikkan benda tersebut. Dua benda perantau nak kongsikan. (sebenarnya tiga)

Pertama: Berlian


Berlian menjadi kegilaan, kerana kecantikkannya, nilainya dan mampu membuatkan sesiapa sahaja mengelamun sebentar akan apakah dia nak buat dengan berlian itu. Sinar dan kilauannya mengamit mata memandang. Namun sayang seribu sayang, macam mana nak dapatkan berlian?

Macam mana nak dapatkan berlian?


Ekati Diamond Mine, Canada

Kena guna TNT untuk meletupkan tanah ataupun mengali tanah tersebut. Kenapa nak gali? Sebab berlian tu ditutup oleh bumi. Dilindungi oleh bumi. Kecantikkan dan kilauan yang mengujakan itu dilitupi oleh tanah dan hanya mereka yang terpilih sahaja mampu memilikinya, pengali berlian semestinya.

Kedua: Mutiara




First impression, wow amazing beautiful SubhanaAllah, cantiknya. Dalam dunia fesyen, mutiara melambangkan kecantikkan, keangunan, kemesraan kepada si pemakainya. Pendek kata, mutiara ialah sesuatu yang juga mampu mengamit jiwa. Sebab itu jugalah kata kata yang mengamit jiwa, menghalusi perasaan dipanggil "Mutiara kata"

Dan macam mana nak dapatkan mutiara tersebut?



Pearl diver in Japan

Pertama, kene belajar berenang. Sebab kecantikan permata itu dilindungi oleh alunan ombak yang dalam. Dilautan luas seluas mata memandang. Terlindung pula didalam cengkerang yang menghalang orang kebanyakkan melihatnya melainkan orang yang layak, semesti seperti lelaki jepun diatas.

Ketiga: meh bace hadis nabi s.a.w dibawah

Dari Abdullah bin 'Amar bin al-'Ash r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda : "dunia ini adalah hartabenda dan sebaik baik harta benda dunia ialah wanita yang solehah"

Riwayat Muslim


Berlian dan mutiara tidak cukup berharga untuk menanding hadis nabi tersebut.


gambar sekadar hiasan
Lalu bagaimanakah yang dikatakan wanita solehah itu berharga, bahkan tidak ternilai oleh nilai dunia ini?
Berlian dan mutiara dilitupi oleh bumi dan lautan. Kerana kecantikannya begitu beharga. Nilainya mengelapkan mata yang memandang. Benda yang beharga sudah pasti perlu ada perlindungan, atau sesuatu yang melitupinya supaya hanya terlihat oleh yang layak.

Jadi apa perlindungan ataupun benda yang mesti untuk wanita solehah agar hanya yang layak melihatnya(suami)? 

Baracuda?



Baju perisai Iron Man?




Ok, just kidding. Siapalah perantau ni nak beri cadangan untuk melindungi wanita sedangkan Allah telah berfirman dalam surah An- Nur Ayat 31


" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".

Sedikit tadabur dari ayat yang agung ini ialah "wahai wanita yang mengaku Islam dan beriman kepada Allah, tutuplah aurat dengan sempurna"

NOW THIS IS THE POINT.(yang panjang tu tadi mukadimah jer)

Menutup aurat dengan sempurna.

Orang(wanita) ingat menutup aurat itu hanya sekadar mengenakan tudung saji

euw!! jarang, terdedah...please lah, 

tudung salah pakai(dia lilit kat kepala)

tudung untuk tengkorak alien(ingat! Nabi larang dengan keras pakai macam ni!!!!)

tak pakai tudung(ha, macam nilah keadaan kome yang tak pakai tudung!!)

tudung zorro(belum merebak kat Malaysia lagi)

Ok, macam yang dikatakan menutup aurat dengan sempurna

opps...tapi bolehlah dikatakan menutup aurat dengan sempurna....


haaa....macam inilah.


Bahasa lembut;Tidak menampakkan sebarang lekukkan sama ada di dada atau dipinggul. 

Bahasa kasar; tidak ada bukit kelihatan. 

Bahasa fiqhnya, seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Tidak memperlihat bentuk badan.(Perantau tidak mahir dalam pengistilahan fiqh.)

Perantau cuma nak tanya kepada wanita wanita yang mengaku Islam di luar sana,

"Adakah diri anda begitu beharga atau sekadar perempuan murahan? Kalau bernilai, kenapa sesuka hati menayangkan aurat anda kepada yang tidak layak melihatnya? Kalau anda merasa anda sekadar wanita murahan, maka benarlah sabda nabi yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)"

Dari Abu Abdur Rahman yaitu Abdullah bin Umar bin Al Khattab r.a dari Nabi s.a.w sabdanya : sesungguhnya Allah 'Azzawajalla itu menerima taubatnya seseorang hanba selama ruhnya belum sampai di kerongkongnya(ketika akan meninggal dunia)

(Hadis Riwayat Imam Tarmizi, Hadis Hasan)

Wahai sahabatku, saudara/i ku. Rahmat Allah melebih segala galanya. Apabila kita berdosa, maka tiada siapalah yang mampu mengampunkan dosa kita, kecuali Allah.....

Rasanya sampai sini sahaja jari jemari perantau mampu menari diatas papan kekunci.

Sekiranya ada yang terasa pedas, perantau nak anda merasa lebih pedas dari itu.

Sekiranya ada kesalahan terutama dalam Hadis dan ayat Quran, maka tolonglah perbetulkan.

Kenapa pula perantau sibuk sibuk nak bercerita mengenai wanita. 

HEY, IT'S MY BLOG ANYWAY!!!

Enjoy your day with syariat Allah

Assalamualaikum :)



No comments:

Post a Comment