Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian, semoga
dirahmati Allah….
Ini ialah nukilan pertama perantau pada tahun baru Masihi
ini,…kepada yang berpegang pada kalender masihi, perantau ucapkan selamat tahun
baru 2013…(tapi time raye, guna kalender Hijra, apalah)
Jadi, isu yang perantau nak bawak kali ini ialah, terjadi
pada perantau baru baru ini satu peristiwa yang betul betul menaikkan kemarahan
perantau…
Perantau nak abdikan kemarahan tersebut dalam entry kali ini…
Perantau namakan peristiwa itu sebagai “JUMAAT KEMARAHAN”
memandangkan peristiwa itu terjadi pada hari jumaat…
Jumaat itu, selepas Umat Islam lelaki menunaikan Solat
Fardhu Jumaat berjemaah, perantau pun pergilah kesebuah shopping complex. Saja,
nak jalan jalan…Perantau naik kereta,
Parking dari aras 1,memang penuh, perantau mengambil
keputusan untuk parking di level teratas. Memang tidak ada kereta pun(kereta yg
parking tak banyak).
Perantau pun menderu laju kenderaan meronda disitu untuk
mencari petak parking yang paling sesuai untuk meletakkan kenderaan perantau
ini…
Sedang perantau menderu laju,….(inilah part yg begitu
menaikkan kemarahan perantau)….perantau terlihat dua ekor jembalang tanah….”jembalang
tanah” yang seorang tu jantan, yang seorang tu betina..
Yang jantan tu, sedang membetulkan seluar jeansnya, yang
betina tu sedang membetulkan pakaiannya…
Islam, yang betina itu Islam,(memakai tudung tak cukup kain)…yang
jantan tu….tak tanye pulak….
Mereka, agaknya terdengar deruan kereta perantau kowt,mereka pun bergegas lari dari situ….
Nak perantau brek kereta tu, kereta tu meluncur laju pula…
Lebih kurang macam inilah kisahnya…
Walaupun perantau hanya melalui tempat tu dalam berberapa
saat, sudah cukup untuk menaikkan kemarahan perantau
Pada hari jumaat, lepas solat jumaat,…jembalang tu habis
bermaksiat…inilah yang menyebabkan perantau begitu marah pada hari itu……
Perantau juga rasa bersalah, kenapalah perantau tak turun,
ambil batang paip dalam kereta, lepas tu hentak kat kepala jembalang tu…
Hmmmm…..speechless….
Tuan tuan dan puan puan….dimana puncanya???
Bila terjadinya maksiat, zina, penagihan dadah, merempit,
segala isu social, dimana kita nak letakkan puncanya?
Siapa yang kita nak salahkan?
Perantau lebih suka untuk menyalahkan ibubapa…
SALAH IBUBAPA…setuju?
Anak anak seharusnya di didik dengan didikan yang betul,
didikan cara Islam…
Tapi, bukan semua kes berpunca dari salah didikan ibubapa…..
Perantau malas nak debatkan siapa salah kat sini…..bagi
perantau…
APABILA KITA TIDAK IKUT SISTEM YANG ALLAH JADIKAN UNTUK
HAMBA-NYA, MAKA BERLAKULAH KEPINCANGAN DALAM SISTEM MASYARAKAT….
Bukan sistem masyarakat sahaja, sistem pemerintahan, sistem pemakannan,
sistem pendidikan.
Segala sistem yang kita ikut dari barat membawa lebih banyak
keburukkan dan menghalakan manusia kearah mensyirikkan Allah….
Konklusi yang perantau dapat ialah, apabila kita beriman
dengan sistem yang bukan dari Allah dan Rasul-Nya, maka pincanglah seluruh
urusan kehidupan kita…
Umat Islam akan kehilangan kekuataanya jika beriman dengan
sistem yang bukan dari Allah dan Rasullullah SAW…
Assalamualaikum…selamat berceria…ingat kita akan mati, dan
akan bertemu Pencipta kita….sama sama bersiap… J
No comments:
Post a Comment