Sunday, 27 January 2013

Puisi: Syed Qutb


Assalamualaikum, para pembaca sekalian. Semoga mendapat rahmat dari Allah.




Perantau nak abadikan sebuah puisi yang ditulis oleh seorang sarjana Islam, As-Syahid Syed Qutb. Yang juga merupakan penulis kitab Tafsir "Dibawah Naungan Al Quran". Karya karya beliau juga banyak memberi impak kepada pergerakan/pertubuhan/organisasi/persatuan Islam. Bagi perantau, beliau bukan hanya sarjana Islam, tetapi pendakwah yang unggul. Berapa ramai uztaz yang ada, tetapi tidak mampu untuk menjalankan aktiviti dakwah, atau melibatkan diri secara langsung dalam padang dakwah. Hatta, seseorang itu ada phD dalam dakwah pun tidak semestinya mampu untuk terlibat dalam dakwah. As-Syahid Syed Qutb melalui puisi ini juga, mengistiharkan bahawa tugas dia didunia ini sudah pun selesai. Memandangkan puisi ini ditulis berberapa ketika sebelum beliau menemui syahid.



Puisi Sayyid Qutb

Sahabat,
Andainya kematianku ini kau tangisi
Pusaraku kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang sudah hancur luluh
Nyalakan obor untuk ummat ini
Dan lanjutkan gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Teman-teman indah di syurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menanti ku
Dan berbahagialah hidupku disana

Sahabat,
Cahaya kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Disana cahaya fajar memancar.
Syed Qutb.

Sekian, assalamualaikum…

No comments:

Post a Comment